INSPIRASI, Ria, VIDEO

Anjing memakai kostum buaya dan mengejar pejalan kaki. Anda pasti akan ketawa besar melihat video ‘prank’ ini

Anjing memakai kostum buaya dan mengejar pejalan kaki. Anda pasti akan ketawa besar melihat video ‘prank’ ini

Pada November tahun lalu, satu rancangan hiburan di Brazil telah berjaya mengenakan ramai orang dengan satu ‘prank’ lucu tetapi menakutkan pada masa yang sama.

Mereka telah memakaikan anjing dengan kostum menyerupai buaya dan melepaskan anjing tersebut berlari bebas sambil menakutkan pejalan kali yang lalu-lalang di sekitar kawasan tersebut.

Kostum buaya yang disediakan oleh pasukan kru kelihatan sangat mirip buaya sebenar. Setelah dipakaikan pada anjing ini, anjing tersebut akan terus berlari kerana tidak selesa.

Persediaan telah dilaksanakan, mereka kemudian menunggu di satu lokasi yang tersembunyi.

Apabila terdapat individu melintasi kawasan tersebut, mereka akan melepaskan anjing itu yang kemudiannya berlari ke arah individu tersebut. Tidak sangka akan menemui buaya pada waktu malam, pastinya pejalan-pejalan kaki ini lari bertempiaran.

Tidak kira sama ada kanak-kanak, lelaki dewasa mahupun wanita, semuanya akan membuka langkah seribu setelah melihat seekor buaya agresif menghampiri mereka.

Nampaknya kerja keras anjing ini dalam menjayakan ‘prank’ tersebut berjaya membuahkan hasil. Mari lihat ‘prank’ anjing-buaya ini bersama-sama. Melucukan!

Sumber: Beauties of Life

Kategori:INSPIRASI Ria VIDEO

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...