Aneh, INSPIRASI, Pesona, Ria

Anak gajah berwarna merah jambu ini mungkin tidak akan diterima oleh kawanannya dan dikhuatiri akan menjadi buta

Anak gajah berwarna merah jambu ini mungkin tidak akan diterima oleh kawanannya dan dikhuatiri akan menjadi buta

Anda mungkin tidak percaya anak gajah ini berwarna merah jambu. Hal ini kerana ia sebenarnya albino ekoran kekurangan pigmen dan boleh menyebabkan masalah kulit dan buta.

Anak gajah albino dilihat dalam kawanan di Taman Negara Kruger di Afrika Selatan,  ia pergi minum di sungai dengan ibunya.

Gajah Albino Afrika adalah fenomena yang sangat jarang berlaku – lebih-lebih lagi daripada kalangan spesies Asia yang lebih kecil.

Little pinky: Anak gajah ini berdiri jauh daripada kawanannya – tetapi itu boleh menggalakkan ianya diserang

Bayi albino yang comel ini dilihat mengibaskan telinganya dan bermain di pinggir sungai, dikelilingi oleh keluarganya dalam kawanan.

Anak gajah albino yang kecil ini dikhuatiri menghadapi banyak risiko, walaupun dalam persekitaran yang cukup selamat di taman negara, yang boleh membantu melindunginya daripada pemburu haram.

Kekurangan pigmen di kulitnya mungkin menyebabkan masalah kulit akibat pendedahan kepada matahari Afrika yang terik.

Seperti penyakit albino yang dihadapi oleh manusia, gajah albino juga boleh menjadi buta kerana sensitif kepada cahaya matahari.

Anak gajah albino ini dilihat sedang mengekori ibunya

Anak gajah albino yang comel ini dilihat mengepakkan telinganya dan bermain di pinggir sungai, dikelilingi oleh keluarganya di dalam kawanan

Risiko: Albino akan dilihat sebagai hadiah utama oleh pemburu haram, tetapi mungkin selamat berkat kerana tinggal di Taman Negara Kruger

Anak gajah albino ini ditemui oleh pelancong Nicki Coertze, 58, semasa berkunjung ke safari bersama keluarganya di Shingwedzi.

Encik Coertze, dari Polokwane, Afrika Selatan, berkata: “Kami melihat gajah sedang minum di Sungai Shingwedsi apabila kami melihat anak gajah albino itu.

‘Saya benar-benar berharap gajah merah jambu itu akan bermain di dalam air dan mencuci semua kotoran, jadi kami dapat melihat warnanya dengan sempurna.’

Kekurangan pigmen di kulitnya mungkin menyebabkan masalah kulit akibat pendedahan kepada matahari yang terik

Encik Coertze, yang melawat taman itu setiap tahun, berkata ia adalah kali pertama dia melihat seekor gajah berwarna merah jambu

Disebabkan matahari yang terik, ia mungkin akan mengalami masalah kulit yang serius

‘Saya telah mengambil beberapa gambar yang indah, anda benar-benar dapat melihat kontra warna antara anak gajah itu dan gajah yang lain.

‘Saya telah melawat Kruger sejak zaman kanak-kanak saya, dan telah menghabiskan masa sekurang-kurangnya 20 hingga 30 hari di Kruger setiap tahun.

‘Saya tidak pernah melihat gajah albino sebelum ini.

‘Dan tiada seorang pun daripada rakan saya yang pernah melihatnya. Oleh itu, dalam fikiran saya, ini adalah sekali dalam seumur hidup untuk melihat gajah yang unik ini.

Era  Baru

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...