INSPIRASI, Keluarga, Pesona, Ria

Anak gadis enggan menukar pakaian yang lebih sopan. Bapa mengambil gunting dan ibu menjerit, “Awak berguraukah?”

Anak gadis enggan menukar pakaian yang lebih sopan. Bapa mengambil gunting dan ibu menjerit, “Awak berguraukah?”

Didikan dengan tindakan itu selalu lebih berkesan dari perkataan dan bapa ini amat memahaminya.

Tulisan pada baju T yang berbunyi “Bapa Terbaik” sangat sesuai dengan gaya denim pendeknya. Mengapa? Kerana beliau mahu mengajar anak gadisnya dengan satu pengajaran yang tidak akan dilupakan untuk menurut amalan yang sederhana.

Scott Mackintosh dari Utah, Amerika Syarikat adalah bapa kepada tujuh orang anak dan menjadi semakin bimbang dengan kelakuan dan pakaian anak perempuannya, Myley yang berusia 19 tahun. Tetapi pada suatu hari, apabila anak gadis ini enggan menukar seluarnya yang sangat pendek kepada yang lebih sopan dalam satu perjumpaan keluarga, bapa ini mengambil tindakan mengikut citarasa anak gadisnya yang suka berfesyen itu.

Jadi bapa berusia 52 tahun ini mengambil satu helai jeans lama dan melakukan ini.

Scott mengambil gunting lalu menukar jeans lamanya kepada jeans potongan pendek ‘Daisy Dukes’ yang paling seksi supaya sepadan dengan pakaian anak gadisnya di majlis perjumpaan keluarga tersebut. Katanya kepada ABC News, “Saya tahu ia seakan pelik untuk memalukannya di khalayak ramai, tetapi saya mahu dia tahu yang dia dibesarkan dengan baik.”

Bapa ini memakai jeans seksi yang memalukan itu di sepanjang majlis berlangsung dari makan malam di restoran sehingga bermain golf kemudiannya. Isteri Scott, Becky berkata, “Orang ramai melihat dengan wajah pelik dan berbisik sesama sendiri.”

Becky memberitahu ABC News, “Saya berasa sangat malu tetapi berharap tindakannya itu dapat memberi pengajaran kepada anak perempuan saya.”

Sebaliknya, kesemua ahli keluarga berasa seronok melihat tindakan bapa mereka mengajar dengan selamba termasuk Myley sendiri, yang menghantar gambar bapanya di halaman Tumblr di mana ia menjadi tular dan menerima 130,000 komen.

Apa yang penting, kemudian anak gadis ini memahami yang bapanya bertindak begitu demi kepentingan dan kasih sayang kepadanya

Myley memberitahu ABC News, “Apa yang penting, saya telah mendapat pengajaran yang ayah sangat menyayangi saya dan beliau sentiasa mengambil berat tentang saya.”

Seorang ahli psikologi bernama Michelle Golland memberi komen tentang cara kreatif bapa ini mengajar anaknya. Katanya, “Apa yang bapa ini lakukan amat berguna dengan caranya yang cemerlang. Ia sangat kreatif, lucu serta memberi kesan kepada keseluruhan cara didikan ke atas ahli keluarganya dan remaja ini.”

Menurut Myley, tindakan bapanya telah dapat menyampaikan mesej, manakala Scott berharap Myley sentiasa mengingati pesanan dan nasihat fesyennya dengan moto “sederhana itu adalah yang paling terhangat”.

Kredit foto oleh Youtube Screenshot/ABC News.

Era Baru

 

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...