Galeri Foto, INSPIRASI, Ria

10 perkara menarik dan unik mengenai Jepun yang tiada di negara lain

10 perkara menarik dan unik mengenai Jepun yang tiada di negara lain

Jepun yang juga dikenali sebagai negara matahari terbit merupakan salah satu destinasi paling menarik di dunia. Walaupun terkenal dengan kemajuan teknologi, penduduk di Jepun tetap mengutamakan budaya tradisional bagi mengekalkan keseimbangan harmoni dalam kehidupan seharian mereka.

Malahan, mereka begitu berdisiplin dan sentiasa teratur dalam menjalani rutin seharian. Mereka sudah menetapkan waktu untuk melakukan aktiviti peribadi seperti mandi, berusaha keras, berdisiplin dan macam-macam lagi.

Jepun sememangnya sebuah negara yang sangat dihormati oleh seluruh warga dunia. Untuk tahu lebih fakta menarik mengenai negara hebat ini, lihat 10 senarai di bawah.

#1 Tokyo, kota metropolis paling selamat di dunia

Kredit: ncousla / DEPOSITPHOTOS.COM

Pusat penyelidikan Unit Maklumat Ekonomi telah mengeluarkan tahap ukuran bagi bandar-bandar yang selamat di dunia. Antara kategori yang terlibat adalah keselamatan maklumat peribadi, kesihatan dan infrastruktur. Tempat pertama dipegang oleh Tokyo. Seterusnya diikuti Singapura di tempat kedua dan Osaka di tempat ketiga.

#2 Senaman pagi

Kredit: Rodrigo Reyes Marin/AFLO/EAST NEWS

Majoriti pelajar sekolah dan juga pekerja akan memulakan hari mereka dengan melakukan senaman. Tradisi ini telah wujud semenjak tahun 1928 dan dilakukan di seluruh negara. Aktiviti sihat ini bukan sahaja akan menjadikan anda lebih cergas tetapi juga mengeratkan hubungan sesama manusia.

#3 Ganjaran Jumaat

Kredit: EAST NEWS

Kita semua tahu bahawa kebanyakan pekerja Jepun sentiasa mengalami keletihan akibat bekerja terlalu lama. Untuk menangani masalah ini, kerajaan telah mewujudkan satu program dipanggil Ganjaran Jumaat.

Melalui program ini, pekerja dibenarkan untuk meninggalkan tempat kerja beberapa jam lebih awal pada hari Jumaat terakhir dalam bulan berkenaan. Antara individu pertama yang mengikutinya adalah Menteri Ekonomi iaitu Hiroshige Seko.

#4 Sejarah syarikat beribu-ribu tahun

Kredit: Wikipedia Commons

Hak terhadap aset adalah sangat penting dalam budaya masyarakat Jepun. Justeru, terdapat lambakan syarikat atau premis perniagaan yang sudah wujud sejak zaman purba dan masih lagi kekal beroperasi sehinggi kini.

Misalnya syarikat Hoshi Ryokan (hotel tradisional Jepun) yang wujud semenjak 718 dan telah diuruskan oleh 46 generasi keluarga yang sama. Hebat bukan?

#5 Proses membaik pulih jalanraya yang pantas dan efisien

Kredit: Kyodo/FOTOLINK/Associated Press/East News

Pada tahun 2014, satu lubang besar sedalam 45 kaki telah terjadi di Fukuoka. Dalam tempoh 48 jam sahaja, jalanraya ini sudah berjaya dibaiki dengan sempurna!

#6 Keretapi peluru

Kredit: imago stock&people/EAST NEWS

Keretapi Shinkansen yang berkelajuan tinggi ini digelar sebagai keretapi peluru kerana mampu mencapai kelajuan sehingga 200 batu setiap jam!

#7 Sistem pengawasan pada setiap pengguna telefon

Kredit: EAST NEWS

Selain daripada sistem J-Alert yang membenarkan pihak kerajaan untuk mengeluarkan amaran kepada rakyat melalui media dan alat pembesar suara, Jepun juga mempunyai sistem amaran secara SMS.

Sistem ini dibina pada setiap telefon bimbit dan sekiranya berlaku sebarang kecemasan misalnya kejadian gempa bumi, kerajaan boleh memberikan amaran kepada semua pengguna telefon di kawasan berkenaan dalam tempoh 4 ke 20 saat sahaja.

#8 Kepelbagaian aneka makanan

Kredit: legoland.jp

Anda boleh menemui pelbagai jenis makanan enak dan luar biasa di Jepun. Daripada lempeng tradisional Okonomiyaki kepada gula-gula coklat berperisa bunga sakura. Segalanya ada di Jepun.

Tambahan pula, sebuah kafe bertemakan Lego akan mula dibuka dan pelanggan akan dihidangkan dengan makanan yang berbentuk permainan Lego.

#9 Sayur yang dijadikan sebagai karya seni

Kredit:  reddit.com

Seni yang dikenali sebagai mukimono kini mula menular di seluruh Jepun. Ianya adalah seni ukiran sayur-sayuran mahupun buah-buahan. Setiap daerah mempunyai tema mukimono yang tersendiri. Ukiran dihasilkan dengan menggunakan pisau dan beberapa alatan khas.

#10 Ubat gigi yang mengubati kaviti

Kredit: MediaforMedical/Andrey Armyagov/EAST NEWS

Seorang ahli saintis iaitu Kazue Yamagashi telah mencipta ubat gigi yang boleh memulihkan retakan dan lubang kecil pada gigi dengan segera tanpa menyebabkan sebarang kesakitan.

Bahan di dalam pes tersebut akan mencair pada permukaan enamel dan selepas tiga minit, pes tersebut akan mengeras serta kekal di dalam struktur enamel itu.

Sumber: BrightSide

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...