Automobil, GAYA HIDUP

“Tidak masuk akal!” Bagaimana bas yang kelihatan biasa ini boleh bernilai RM71 juta!

“Tidak masuk akal!” Bagaimana bas yang kelihatan biasa ini boleh bernilai RM71 juta!

Bagi kebanyakan daripada kita, pasti akan menganggap bahawa terma ‘rumah bergerak’ ini jauh sekali daripada aspek kemewahan, apatah lagi keselesaan. Sebuah syarikat berpangkalan di Jerman walau bagaimanapun telah mengejutkan kita setelah membina sebuah rumah bergerak bernilai RM 71 Juta!

The Performance S merupakan model terbaru keluaran Volkner Mobil yang telah dilancarkan. Ia tidak ubah seperti berada di hotel 5 bintang terkemuka tetapi boleh bergerak.

Kenderaan anggun yang mempunyai ketinggiaan 40 kaki ini mengandungi sebuah katil bersaiz ‘queen’, dapur yang lengkap, ruang lounge yang agak luas dan sebuah bilik air yang lengkap dengan air panas. Apa yang menariknya, ia turut mengandungi sebuah garaj yang lengkap dengan lif elektrohidrolik yang boleh memuatkan pelbagai saiz kereta.

Jadi, jika anda gemar melancong dengan memandu kereta dan tidak bersedia untuk meninggalkan keselesaan berada di rumah dan kereta Lamborghini anda, maka The Performance S merupakan pilihan terbaik buat anda. Mari kita lihat bahagian dalam rumah bergerak ini.

Inilah dia Volkner Mobil Performance S, rumah bergerak paling mewah yang pernah dilancarkan

Di sebalik kenderaan setinggi 40 kaki yang bernilai RM 71 Juta ini, anda akan dapat menikmati suasana seperti berada di hotel bergerak bertaraf 5 bintang

Ia dilengkapi dengan dapur …

Katil yang selesa…

Bilik air yang lengkap dengan air panas…

Dan yang paling menarik ialah, ia mempunyai lif elektrohidrolik yang boleh memuatkan kereta daripada Mercedes sehinggalah Ferrari 

Tonton video bas yang mewah dan unik ini di bawah:

Sumber: Stefan Peine

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...