GAYA HIDUP, Keluarga

Suami yang tabah berkongsi kisah perkahwinannya bersama isteri yang mengalami masalah mental

Suami yang tabah berkongsi kisah perkahwinannya bersama isteri yang mengalami masalah mental

Kita tidak boleh memandang remeh jika mempunyai ahli keluarga yang mengalami masalah mental kerana bukan mudah untuk diuruskan dan ditangani. Reaksi dan tindakan mereka tidak mudah untuk dijangka.

Oleh yang demikian, seorang suami yang memperisterikan seseorang yang mengalami penyakit mental disorder yang serius perlulah bersabar kerana isteri kesayangan harus selalu dibawa berjumpa doktor.

Sharul Nizam Ab Rahim telah berkongsi pengalamannya di laman Facebook mengenai isterinya yang mengalami masalah mental. Usia perkahwinan mereka baru sahaja mencecah 8 bulan, namun pelbagai cabaran dan dugaan yang dihadapi olehnya.

Berikut adalah kisah yang di tulis olehnya di laman Facebook:

“Usia perkahwinan kami baru masuk 8 bulan. Asakan demi asakan yang saya terima, ia sesuatu di luar kebiasaan. Saya masih menzahirkan kekuatan kerana mata hati yang hakiki. Penggeledahan maklumat menunjukkan bahawa isteri mula menjalani rawatan psikiatri sejak 17 Tahun lalu (08.06.2000).

Pada 30.11.2014, doktor pakar mengesahkan isteri saya menghidap penyakit Paranoid Schizophrenia. Salah satu penyakit mental yang serius. Tiada penawar untuk penyakit ini. Ia hanya boleh dikawal sahaja melalui pengambilan ubat. Selain itu, penuhkan fikirannya melalui aktiviti yang dia gemari. Isteri saya suka melukis dan mengajar. Mutu lukisan dan pengajarannya agak baik. Bahkan lebih baik dan cemerlang daripada sesetengah mereka yang tidak berpenyakit.

Semasa mengalami delusi, dia akan berkata suaminya jahat. Ketika ini, dia mula mencari sokongan. Misinya adalah untuk membuat orang lain mesti percaya apa yang dia percaya. Jika kamu enggan percaya, siaplah kamu. Dia akan kembali semula pada suaminya, dan berkata – ” Abang.. itu orang jahat “. Tanpa mata hati, kita saling membenci, mengesyaki, dan menyakiti. Akhirnya, kita semua ke kancah pergaduhan.

Semasa mengalami halusinasi, dia mula berfantasi. Dalam fantasi, muncul bisikan. Dan bisikan itu sepeti berkata bahawa suaminya curang. Orang itu mencuri atau merosakkan barangnya. Dan satu keadaan – Dia sedang dicederakan. Ketika ini berlaku, tiba-tiba sahaja isteri akan lenyapkan diri. Kalau ternampak isteri saya seorang diri memandu pada jam 2-3 pagi, itulah saatnya merayau.

Itu tidak apa lagi. Tiada ancaman pada awam. Jika dia berfantasi bahawa dia sedang dicederakan atau barangnya dicuri mahupun dirosakkan, perlu hati-hati. Kalau dia diam memendam, tidak mengapa. Tapi, kalau dia mula memaki hamun dan kamu membalas maki hamun tersebut, jaga-jaga. Dia akan mencapai apa saja untuk membaling, memecahkan, menakutkan atau mempertahankan dirinya. Tanpa mata hati, mustahil kamu boleh bersabar. Natijahnya, sama ada kamu tercedera atau isteri kamu peroleh kecederaan.

Masyarakat kita sangat suka menyisih, menyorok, menafi dan malu dengan penghidap sakit psikiatri. Tetapi tidak masyarakat Barat. Mereka menghadapi dan mencari jalan penyelesaian. Cuba anda cari filem A Beautiful Mind (2001, di mana terdapat watak Prof John Nash yang menyamai situasi isteri saya. Walaupun kurang kompleks tetapi ada inspirasi.

Saya tidak mampu mengurus isteri berseorangan. Saya hanya mampu mengurus melalui kepercayaan awam yang dapat meneutralkan fitnah. Terima kasih, doktor. Terima kasih, jururawat. Terima kasih, polis. Terima kasih, guru besar. Dan terima kasih kepada pegawai keselamatan.

Doktor ada bertanya. Encik baru berkahwin. Keadaan kesihatan isteri baru saja diketahui. Apakah Encik mahu meneruskan? Memelihara mereka yang Schizo perlu ada pengorbanan. Bilangan tidak sanggup itu mengatasi bilangan yang sanggup.

Saya tak ada kekayaan untuk ditunjuk-tunjuk. Tapi saya ada isteri yang amat sayangkan saya. Sebagai balasan, akan kujaganya seumur hayat.”

Gambar orang yang mengalami Halusinasi

Harap Sharul terus tabah dan kuat menghadapi dugaan dan cabaran sepanjang perkahwinannya. Semoga rakyat Malaysia mengambil iktibar daripada kisah ini.

Era Baru

Kategori:GAYA HIDUP Keluarga

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...