Soalan mudah difahami dan tidak mengelirukan, namun ada calon SPM 2017 yang tidak berfikir begitu! Azian 13/11/2017 tweet Seorang yang dikenali sebagai " A Worried Malaysian" berkata para pelajar yang menjawab soalan dengan 50 markah secara tidak tepat tidak perlu dihukum dan dipersalahkan hanya kerana satu 'kesilapan yang tidak disengajakan'. (Imej daripada [email protected]) Related Posts Guru cedera disamun dalam bilik darjah ketika mengajar Seorang lelaki di Ampang terkejut apabila bil air rumahnya mencanak hampir RM4,300! Biar betul! Kemalangan trampolin paling epik! Memang seronok dapat melompat tapi silap langkah habislah anda… KKM: Dua produk sardin dalam tin keluaran syarikat China ditarik balik kerana mengandungi cacing mati Seorang pelancong Taiwan terlantar di hospital setelah menjadi mangsa ragut berdekatan Masjid Negara Share this on WhatsAppKUALA LUMPUR – Dalam satu warkah yang menjadi tular di media sosial, seorang yang dikenali sebagai ” A Worried Malaysian” berkata para pelajar yang menjawab soalan dengan 50 markah secara tidak tepat tidak perlu dihukum dan dipersalahkan hanya kerana satu ‘kesilapan yang tidak disengajakan’. Soalan Bahasa Inggeris Kertas 1, Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2017 ini berbunyi seperti berikut: “If you had the opportunity to move to another part of Malaysia, where would you choose to live?” Dalam Bahasa Malaysia, soalan ini bermaksud: “Jika anda berpeluang untuk berpindah ke tempat lain di Malaysia, di manakah anda akan memilih untuk tinggal?” Warkah terbuka yang diterbitkan oleh The Star itu dipercayai merujuk kepada soalan esei yang mengelirukan ramai calon SPM ‘cemerlang’ yang tidak menyedari soalan itu merujuk kepada tempat di dalam Malaysia. Kredit : [email protected] Dalam warkah yang bertajuk, ‘Kesilapan dalam membaca soalan’, ‘A Worried Malaysian’ ini menulis, ramai “calon SPM 2017 cemerlang” yang menduduki peperiksaan telah menjawab lokasi atau negara yang berada di luar dari Malaysia seperti Korea, Britain dan Switzerland. Penulis menambah, “sebagai orang dewasa yang membaca soalan pada kali pertama”, adalah tidak jelas yang soalan itu merujuk kepada lokasi dalam Malaysia. Penulis menyatakan kesilapan tersebut sangat berharga kepada para pelajar yang berkenaan, di mana soalan dalam bahagian kertas ini memperuntukkan 50 markah. Penulis menambah, “Para pelajar ini berada di dalam kerisauan selepas menyedari kesilapan yang dahsyat ini. Bagi pelajar yang telah mensasarkan A+ untuk kertas Bahasa Inggeris pasti mereka berada di dalam keadaan yang terkejut.” Kredit: The Star Online Penulis kemudian merayu kepada Majlis Peperiksaan Malaysia supaya tidak menghukum pelajar yang tersilap menjawab soalan ini kerana berpendapat ia satu kesilapan “yang bukan dengan niat berikutan tekanan berat menghadapi peperiksaan dan masa yang terhad”. Penulis bersetuju yang para pelajar yang terbabit ini patut diberikan tolakan markah kerana kesilapan tersebut bagi memberi keadilan kepada calon yang memahami soalan dan menjawab dengan tepat. Namun, mereka mencadangkan hanya ‘maksimum tiga markah’ yang boleh ditolak kerana para pelajar tersebut telah tersasar menulis esei dari idea utama iaitu ‘berpindah ke tempat lain dan sebab di atas pilihan itu’. Dan mereka menulis dalam perkataan ‘Bahasa Inggeris yang cemerlang’. Kredit: pfirereview.com (gambar hiasan) Rayu penulis lagi, “Mereka menghabiskan masa selama 11 tahun mempelajari Bahasa Inggeris, jadi tolong jangan menghukum mereka dengan kesilapan yang telah mereka lakukan dalam peperiksaan besar seperti ini.” Penulis menambah lagi, “Masa depan para pelajar dengan pencapaian Bahasa Inggeris yang cemerlang ini akan terjejas oleh kerana mereka telah melakukan kesilapan didalam peperiksaan SPM. Tolong mengasihani dan bersikap adil kepada anak-anak ini. Semua manusia melakukan kesilapan.” Warkah terbuka ini menjadi tular selepas diterbitkan. Dengan melihat kepada respon para netizen, didapati ramai yang tidak mahu menunjukkan rasa simpati kepada penulis dan para pelajar tersebut. Ramai yang merasakan soalan itu amat mudah difahami dan tidak mengelirukan. Kredit: Facebook Ada yang berkata, para pelajar yang tidak membaca soalan dengan teliti tidak patut mendapat A atau A+ dalam kertas Bahasa Inggeris tersebut. Kredit: Facebook Kredit: Twitter Ada yang mengkritik para ibu bapa terlalu memanjakan anak masing-masing dengan membuat alasan bagi pihak anak mereka. Netizen berpendapat para pelajar ini patut bertanggungjawab pada diri sendiri dan belajar dari kesilapan. Kredit: Facebook/The Star Online Kredit: Facebook/The Star Online Kredit: Facebook/The Star Online Ada pula yang menegaskan para pelajar ini mungkin terlalu teruja dan mengandaikan soalan tersebut adalah mengenai mana-mana tempat di luar Malaysia kerana telah membesar dengan selalu mendengar dan bermain dengan perkataan dan sentimen “di mana sahaja yang lebih baik daripada Malaysia”. Kredit: Facebook/The Star Online Kredit: Facebook Sebenarnya sebagai pengajaran, ada netizen yang menasihatkan para pelajar ini supaya tidak terlalu memikirkan kesalahan atau kesilapan yang telah dibuat di dalam peperiksaan SPM kerana ia bukan satu halangan yang besar dalam kehidupan. Cabaran yang paling hebat belum lagi pernah dialami oleh mereka. Kredit: Facebook/The Star Online Maka, tidak perlu berasa bimbang dan takut kerana tidak cemerlang di dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia. Peluang dan kejayaan seseorang itu bergantung kepada daya ketahanan masing-masing menerima kegagalan dengan hati terbuka dan terus berusaha untuk menjadi yang terbaik dan cemerlang. Mungkin itu sebenarnya definisi kecemerlangan. Era Baru 1 2 3 Share this on WhatsApp tweet Kategori:NASIONAL ANDA JUGA MUNGKIN SUKA Menangkap ikan sebenar saiz lengan tanpa menggunakan jaring ataupun joran, rakyat Jepun ini tahu caranya Bermacam gelagat beruang dan panda yang sungguh melucukan, boleh saya bawa mereka pulang ke rumah? Kesan rokok terhadap paru-paru dan trakea selepas eksperimen dijalankan, lihat hasil akhirnya, mengerikan! Sukan air yang belum pernah anda lihat sebelum ini, nampaknya mereka memang kreatif dalam mencipta sesuatu yang baru seperti ini! Tonton hingga habis! Mereka tidak perlukan drum yang mahal kerana dengan beberapa batang sudu muzik indah dapat dihasilkan! Pilihan Editor Hebat! 6 orang gadis ini bersenam sambil mengikut rentak lagu ‘Uptown Funk’, anda pasti akan teruja apabila menonton video di bawah Vintaj! Rupa buku katalog IKEA daripada tahun 1951 hingga 2000, lihat bagaimana rupa perabot IKEA zaman dahulu Peserta Malaysia telah memenangi anugerah Pertandingan Fotografi Dunia, dan ini gambarnya Ketahui kebaikan berus gigi buluh berbanding berus gigi plastik dan mengapa anda perlu mendapatkannya Anak monyet yang cedera bertemu ‘ibu angkat’ dan ikatan perhubungan yang dibina oleh mereka pasti akan menyentuh perasaan anda Tekad meninggalkan pekerjaan bergaji RM4 ribu sebulan, lelaki ini memilih untuk menjadi petani timun 2017-11-13 Azian