Aneh, INSPIRASI, Ria

Mengapa kucing bertegas mahu meletakkan tapak kakinya di atas tapak tangan anda? Tiga sebab ini menjelaskan mengapa ia suka bersikap begitu…

Mengapa kucing bertegas mahu meletakkan tapak kakinya di atas tapak tangan anda? Tiga sebab ini menjelaskan mengapa ia suka bersikap begitu…

Barang siapa yang mempunyai haiwan peliharaan di rumah pasti pernah bermain permainan ini. Permainan ini dikenali sebagai ‘hulurkan tangan anda’.

Permainan klasik ini adalah perkara biasa bagi penggemar haiwan terutamanya yang memiliki kucing. Ia merupakan satu permainan di mana anda secara berterusan menghulurkan tangan anda agar kucing kesayangan anda akan meletakkan tapak kakinya di atas tangan anda sehingga ia menjadi jelek dan bosan.

Selepas itu kucing anda akan menarik tapak kakinya dan meletakkan kembali tapak kaki itu di atas tangan anda bagi menunjukkan kuasa yang lebih tinggi dari pemiliknya. Dengan berulang kali berbuat begitu, mungkin akhirnya anda akan mendapat sentuhan yang diperlukan.

Walau apa jua keadaan, seekor kucing pasti mahu bertegas meletakkan tapak kakinya di atas tangan pemiliknya. Jika boleh, ia mampu bermain meletakkan tapak kaki itu selama beberapa jam.

Permainan ini boleh berlarutan sehingga ke waktu tengah hari sampai ke  waktu malam tanpa kucing ini berasa jemu. Jika anda yang tidak berasa jemu, bermainlah dengan kucing anda sehingga ia sendiri yang berasa jemu.

Anda mahu tahu mengapa kucing suka bermain dengan pemainan ini? Kerana kucing ini mahu berasa dirinya lebih tinggi dan berkuasa dari anda!

Jika anda masih tidak memahami sikap kucing anda, sila jangan letakkan tangan anda di atas kakinya atau terus memegang kakinya dengan kuat, kerana seekor kucing akan berasa tidak selesa dan ada sebabnya mengapa ia bersikap begitu.

Dengan tiga sebab yang mudah lagi ringkas mengapa kucing bersikap begitu :

Sebab pertama,  kaki kucing adalah senjata dan anggota badannya yang utama. Jadi kucing tidak akan membiarkan sembarangan orang untuk menyentuh kakinya dan ia sangat menghargai keempat-empat kakinya pada tahap tertinggi.

Sebab kedua, kucing itu adalah haiwan yang sangat tangkas dan tahap refleksinya amat mengagumkan untuk membolehkan ia memanjat dan berlari dengan pantas. Bermakna apa sahaja perkara di atasnya perlu bersifat lapang serta dibentang secara terbuka dan seluas yang mungkin. Kucing ini akan sentiasa bersedia dalam apa jua keadaan bagi meninjau peluang dari mangsanya.

Sebab ketiga, kucing-kucing ini lebih mengutamakan keunggulan di dalam kehidupan lebih dari makhluk lain. Dengan meletakkan tapak kakinya di atas tapak tangan anda, ia akan berasa selamat dan lebih berkeyakinan. Apabila ia mahu menjadi terunggul dan berada di kedudukan tertinggi, maka kucing ini tidak akan membiarkan sesiapa sahaja boleh menghulurkan tangan di atas kakinya itu.

Namun begitu, ada juga kucing yang bereaksi lambat dan tidak berapa tangkas dan pantas. Atau mungkin kerana kucing ini terlalu rapat dengan pemiliknya sehingga memberi peluang kepada mereka untuk meletakkan tangan di bawah tapak kakinya.

Adakah kucing kesayangan anda mengizinkan tangan anda diletakkan di bawah tapak kakinya?  Ayuh berkongsi info dan membaca fakta menarik ini!

Kredit imej: ins.bldaily.com

Era Baru

Kategori:Aneh INSPIRASI Ria

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...