INSPIRASI, Kisah Inspirasi

Luluh hati doktor ini mengenangkan pesakitnya yang meninggal dunia selepas melahirkan anak

Luluh hati doktor ini mengenangkan pesakitnya yang meninggal dunia selepas melahirkan anak

Seorang doktor telah berkongsi pengalamannya dalam membantu seorang wanita yang mandul selama 14 tahun meninggal dunia ketika melahirkan anak. Doktor ini kelihatan amat sebak dan luluh sewaktu kongsikan kisah tersebut.

Ikuti perkongsiannya di bawah:

Hari ini merupakan hari yang paling menyedihkan sepanjang hidup saya. Sebagai seorang doktor, saya telah mengendalikan ramai wanita mengandung dan setiap kali saya berada di bilik bersalin, saya sentiasa berdoa agar Tuhan merahmati para ibu ini.

Kesakitan yang perlu kaum wanita tanggung di bilik bersalin adalah tidak boleh digambarkan. Tidak termasuk kesakitan selama sembilan bulan membawa bayi dalam kandungan. Mereka melalui pelbagai dugaan dalam membawa nyawa baru melihat dunia.

Sumber: babycentre

Hari ini, saya menangisi pemergian seorang wanita. Kami tidak berdoa agar kejadian seperti ini berlaku tetapi kadangkala, Tuhan mempunyai perancangan lain. Mengapa kes wanita ini sungguh memilukan? Dia telah disahkan mandul selama 14 tahun! Kami telah mencuba pelbagai kaedah seperti IVF dan wanita ini telah mengharungi dugaan demi dugaan.

Akhirnya Tuhan memberkatinya. Wanita ini berjaya mengandung walaupun hakikatnya dia mempunyai ketumbuhan ovari dan fibroid yang besar. Fibroidnya mula mengecil dan segalanya menjadi baik-baik sahaja.

Selepas tempoh sembilan bulan, masanya sudah tiba. Suaminya berkejar ke hospital dan saya dengan segera meninggalkan bilik untuk membantu wanita tersebut. Dia dimasukkan ke bilik bersalin selama berjam-jam. Setelah tujuh jam berlalu, kami kehilangannya tetapi bayinya masih bernyawa. Sebelum pemergian wanita ini, dia sempat merangkul bayinya dan tersenyum.

“Tuhan sangat agung”. Kemudian, menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Saya berasa sangat kecewa dan sedih. Saya keluar untuk memberikan khabar buruk kepada suaminya. Sebaik sahaja mendengar berita berkenaan, suaminya pengsan dan hari yang sepatutnya menjadi hari yang paling bahagia dalam hidup mereka bertukar suram.

Hari ini, kita telah kehilangan seorang nyawa demi meraih seorang lagi nyawa baru. Tolong hargai dan hormati kaum wanita kerana mereka bertarung nyawa dalam melahirkan bayi.

Sumber: oureverydaylife.com

Hormati isteri anda! Mengandungkan bayi selama sembilan bulan bukanlah satu gurauan dan proses melahirkan yang mengambil masa berjam-jam adalah satu pengorbanan besar!

Saya berdoa kepada Tuhan agar melindungi semua individu yang membaca kisah ini terutama wanita mengandung. Wahai para suami, saya ulangi, hormatilah isteri anda kerana mereka adalah pemberi nyawa. Semoga Tuhan menguatkan semua wanita yang sedang mengandung.

Jangan abaikan kisah ini. Kongsikan kepada orang ramai kerana ianya sangat penting. Wanita dalam hidup kita harus diagungkan…

Era Baru

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...