NASIONAL

Hujan lebat dan ribut petir dijangka berlaku di beberapa negeri di Malaysia dengan ketibaan Monsun Timur Laut bermula 13 November 2017!

Hujan lebat dan ribut petir dijangka berlaku di beberapa negeri di Malaysia dengan ketibaan Monsun Timur Laut bermula 13 November 2017!
Jabatan Meteorologi Malaysia ( MET Malaysia ) telah meramalkan musim Monsun Timur Laut di Malaysia akan bermula pada 13hb November, dengan hujan lebat dijangka berlaku di wilayah Malaysia Timur. (Getty images)

KUALA LUMPUR-  Musim Monsun Timur Laut akan bermula pada Isnin, 13 November 2017. Jabatan Meteorologi Malaysia ( MET Malaysia ) telah meramalkan musim Monsun Timur Laut di Malaysia akan bermula pada hari ini, dengan hujan lebat dijangka berlaku di wilayah Malaysia Timur, Sabah dan Sarawak.

Kredit: The Star

Sementara masih ramai mangsa yang belum pulih dari banjir kilat di Pulau Pinang, Kedah dan Sabah yang menyebabkan kerosakan dan kematian pada minggu lalu, Jabatan Meteorologi Malaysia telah mengeluarkan kenyataan dengan meramalkan akan terdapat empat hingga lima insiden hujan lebat yang akan berlaku sehingga bulan Mac 2018.

Kredit: Facebook

Bermula bulan ini hujan lebat diramalkan di beberapa buah negeri dengan risiko banjir yang akan berlaku.

Menurut kenyataan MET Malaysia, “Hujan lebat dijangka berlaku di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor pada bulan November dan Disember 2017 dengan dijangka berlarutan sehingga bulan Januari 2018 membawa hujan lebat yang tertumpu  di timur dan utara Sabah serta di barat Sarawak.

Kredit: Borneo Post

Menurut kenyataan tersebut, semasa kehadiran angin Monsun Timur Laut, hujan lebat akan berlarutan selama tiga hari yang akan mengakibatkan bencana banjir di kawasan berkedudukan rendah dan beberapa kawasan yang cenderung berisiko banjir.

MET Malaysia telah memberi amaran, “Sekiranya hujan lebat ini akan berlarutan bersama-sama dengan air pasang, risiko terhadap banjir besar akan menjadi lebih tinggi.”

Kredit: MMO

Dengan beberapa kejadian banjir kilat yang berlaku di beberapa negeri di utara semenanjung baru-baru ini, Jabatan Meteorologi telah memberi amaran kepada orang ramai supaya sentiasa berwaspada dan mengambil beberapa langkah persediaan menghadapi bencana banjir.

Jabatan Meteorologi Malaysia juga menasihatkan orang ramai supaya sentiasa peka dan mendapatkan maklumat terkini yang akan dikeluarkan oleh pihaknya pada bila-bila masa.

Orang ramai boleh melawat laman web rasmi MET Malaysia untuk info terkini atau melayari laman Facebook (malaysiamet) atau Twitter (@malaysiamet). Mereka  juga boleh menghubungi MET Malaysia dengan menghantar SMS ke talian 15888 atau menghubungi hotline MET Malaysia di talian 1 300 22 1MET (1638).

Era Baru

Kategori:NASIONAL

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...