Aneh, INSPIRASI, Pesona, Ria

Hebat! Kaedah yang ringkas lagi berkesan untuk menangkap ikan dan ketam menggunakan tiub buluh

Hebat! Kaedah yang ringkas lagi berkesan untuk menangkap ikan dan ketam menggunakan tiub buluh

Kemboja adalah sebuah negara di mana kebanyakan rakyatnya mahir dalam bidang perikanan. Ini disebabkan negara ini mempunyai sumber ikan yang banyak. Anda pasti akan terpegun apabila melihat kaedah penangkapan ikan yang mereka cipta.

Seorang lelaki Kemboja yang pakar dalam hal penangkapan ikan telah mendapat idea dan mencipta satu kaedah memerangkap ikan menggunakan tiub buluh dan hasilnya amat mengagumkan!

Pertama, lelaki ini menggali lubang di tepi kolam ikan, supaya ia boleh menjadi perangkap ikan.

Kemudian, beliau memotong satu batang buluh menjadi 5 keratan, dengan setiap satu berukuran antara 60 hingga 70 sentimeter panjang. Lelaki ini memecahkan stem buluh tersebut dan menukarnya menjadi satu tiub.

Tiub buluh ini diletakkan di antara pembahagi lubang perangkap dan penghujung kolam air. Tiub itu ditekan dan dialirkan memasuki lubang perangkap. Kemudian lumpur digunakan untuk mengetatkan kesemua tiub buluh tersebut.

Di setiap bucu atau hujung tiub buluh, lelaki ini meletakkan umpan bagi menarik ikan datang ke tiub buluh tersebut.

Akhir sekali, lelaki ini menutup lubang tersebut dengan beberapa ranting daun dan perangkap itu telah siap dibina.

Pada esok hari, penangkap ikan yang pintar ini datang dan memeriksa hasil tangkapannya. Selepas mengalihkan daun, lubang perangkap itu dipenuhi dengan ikan dan ketam. Wow!

Penangkap ikan ini dengan berhati-hati mengutip ketam dan ikan lalu memasukkannya ke dalam bekas baldi. Kini apa yang perlu dilakukan ialah meletakkan kembali umpan yang baru di kedua-dua belah penghujung tiub itu setiap hari. Dengan mudah beliau dapat menangkap ikan setiap hari.

Mari kita belajar bagaimana untuk membuat perangkap  ikan yang mudah ini untuk menangkap ikan dan juga ketam.

Masyarakat Kemboja sememangnya mempunyai idea-idea yang hebat dalam hal perikanan.

Kredit imej: ins.bldaily.com

Lihat video di bawah.

Era Baru

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...