Aneh, Galeri Foto, INSPIRASI, Pesona

10 senarai haiwan yang mungkin comel tetapi berbahaya

10 senarai haiwan yang mungkin comel tetapi berbahaya

Sesungguhnya, kehadiran haiwan amat menyenangkan hati kita. Aksi mereka dapat membantu kita berasa gembira dan tenang. Namun, tidak semua haiwan yang comel ini tidak merbahaya.

Oleh itu, sebelum berlaku apa-apa, lihat dan pastikan dahulu adakah haiwan itu benar-benar selamat untuk didekati? Ayuh lihat senarai haiwan yang kelihatan comel tetapi agak berbahaya.

10. Anjing laut

© pexels.com

Haiwan ini kelihatan comel dan kita langsung tidak terfikir jika ia merupakan haiwan yang boleh membunuh manusia. Sudah terdapat beberapa kes serangan haiwan ini terhadap golongan penyelidik. Ia juga menunjukkan tingkah laku yang agak agresif. Salah satu makanan kegemarannya adalah penguin.

9. Panda

© pixabay.com

Sudah pasti kita amat sukakan panda. Ia kelihatan baik dan tenang sehinggakan ia menjadi simbol keamanan. Sungguhpun begitu, anda dinasihatkan agar tidak mencari nahas dengan panda. Jika anda melepasi sempadannya tanpa sengaja sehingga ia berasa terancam, ia dapat mencederakan anda. Sifat bak beruang sudah sebati dalam dirinya.

8. Angsa

© pixabay.com

Angsa adalah simbol kepada saat-saat romantis bersama tersayang. Kita sering kaitkannya dengan kisah cinta. Tetapi tahukah anda ia dapat mencederakan kita? Jika ia berasa terancam, ia akan melakukan apa sahaja untuk mempertahankan diri mereka. Jadi, jangan beri mereka makanan yang tidak sedap ya!

7. Tamandua

© pixabay.com

Jika kita lihat, ia kelihatan lembut dan seperti tidak akan cederakan manusia. Ia juga tidak mempunyai gigi langsung! Tetapi, perhatikan kukunya. Kukunya itu merupakan senjata untuk mengorek tanah bagi mencari makanan dan mempertahankan dirinya.

6. Tasmanian devil

© pixabay.com

Haiwan kecil ini agak popular kerana telah muncul dalam watak kartun. Bayangkan sahaja namanya telah menjelaskan keperibadiannya. Ia kelihatan lucu dan membuatkan kita tidak berasa terancam. Tetapi tunggu sehingga ia menunjukkan taringnya. Ia mampu membunuh manusia!

5. Gajah

© pixabay.com

Ia sememangnya terkenal sebagai haiwan terbesar di darat. Ia kelihatan naif dan baik. Namun, salah manusia juga kerana mengambil kesempatan terhadap gajah dengan mengambil gadingnya. Mungkin sebab itulah, kebelakangan ini banyak kes maut melibatkan gajah. Gajah juga merupakan haiwan yang bijak.

4. Ikan buntal

© pixabay.com

Ia merupakan salah satu ikan yang membawa maut. Pasti rata-rata daripada kita tahu akan ‘fugu’ iaitu makanan popular di Jepun yang terdiri daripada daging ikan ini. Hidangan fugu boleh membawa maut kerana mengandungi toksik. Jadi, jangan pernah mencubanya ya.

3. Katak ‘poison dart’

© pixabay.com

Sekali pandang, ia memang memiliki warna yang cantik dan berkilat. Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa jenis katak yang dikenali dengan tahap toksik yang berbeza. Yang paling berbahaya adalah katak bewarna emas. Ia dapat membunuh 10 orang dewasa jika menyentuhnya.

2. Ikan lumba-lumba

© pixabay.com

Mungkin ia memeranjatkan anda, tetapi itulah realitinya. Untuk makluman anda, ikan lumba-lumba jenis bottlenose merupakan spesies yang dapat membunuh tanpa sebarang sebab. Haiwan ini memang dikenal dengan akal yang pintar, yang sering disalah anggap oleh manusia bahawa ia tidak mampu membunuh.

1. Kongkang

Oh, lihatlah matanya. Comel sungguh! Tetapi, ia sebenarnya merupakan mamalia paling beracun di dunia! Jika ia menggigit manusia, maka individu tersebut akan mengalami kejutan anaphylactic – iaitu satu situasi yang sungguh berbahaya. Para saintis berkata serangan kongkang menyerupai serangan seekor ular tedung! Hati-hati.

Era Baru

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...