NASIONAL

Warga Malaysia dinasihatkan supaya menyemak maklumat KWSP, berikutan akaun seorang wanita ‘dikongsi’ bersama penama misteri

Warga Malaysia dinasihatkan supaya menyemak maklumat KWSP, berikutan akaun seorang wanita ‘dikongsi’ bersama penama misteri

Sekiranya anda telah lama tidak menyemak akaun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) , adalah dinasihatkan supaya anda berbuat demikian dengan segera. Perkara yang sama mungkin boleh berlaku kepada anda seperti  mana yang telah berlaku kepada wanita ini.

Pada 1 November 2017, seorang wanita bernama Tan Swee Gek yang berusia 55 tahun telah pergi ke pejabat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) cawangan Kajang bagi tujuan mengemaskini akaun KWSP.

Setelah diperiksa, Tan Swee Gek berasa terkejut apabila mendapati terdapat nama seorang ‘lelaki misteri’ yang telah disenaraikan sebagai penama bersama nama suami dan anak lelakinya.

NST

Menurut suami Tan Swee Gek, Yong Kim Leong, “Saya dan isteri telah bersetuju untuk mengeluarkan semua wang simpanan KWSP, oleh kerana usia isteri saya sudah mencecah 55 tahun. Tetapi pegawai KWSP yang bertugas tidak membenarkan kami berbuat demikian kerana terdapat satu lagi penama di dalam akaunnya. Perkara ini tidak sepatutnya terjadi.”

Yong Kim Leong berkata demikian dalam satu sidang media yang diadakan di Wisma MCA Negeri Sembilan di Seremban, Negeri Sembilan.

Selepas insiden ini berlaku, Ketua MCA Seremban, Siow Koi Voon telah memaklumkan perkara ini kepada Timbalan Menteri Kewangan, Lee Chee Leong.

Mstar

Menurut Siow Koi Voon, “Pada 7 November 2017, Pembantu Khas kepada Timbalan Menteri Kewangan telah memberitahu pihak kami yang insiden ini mungkin berlaku kerana terdapat kesilapan oleh kakitangan KWSP semasa memasukkan maklumat dan data peribadi pelanggan di dalam sistem komputer.”

Katanya, “Mungkin, salah seorang kakitangan KWSP secara tidak sengaja telah tersilap memasukkan data yang salah. Namun, kami pasti masalah ini akan dapat diselesaikan.”

Pada 10 November 2017, pihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja telah mengeluarkan satu kenyataan bahawa pihaknya telah mengambil tindakan segera bagi mengenal pasti percanggahan yang terdapat didalam akaun Tan Swee Gek.

Mstar

Menurut sumber NST, pihak KWSP telah menghubungi Tan Swee Gek dan suaminya berkenaan aduan tersebut dan memaklumkan kepada mereka bahawa tindakan segera telah diambil.

Jurucakap Kumpulan Wang Simpanan Pekerja memaklumkan, “Pihak KWSP menyesali akan kesulitan dan kebimbangan yang telah ditimbulkan kepada Encik Yong dan Puan Tan, dan perkara ini diambil perhatian yang serius kerana ia telah melibatkan integriti pihak kami.”

Menurut pihak KWSP lagi, akaun simpanan KWSP Tan Swee Gek adalah terjamin dan dilindungi serta telah dikemaskini dengan caruman bulanan terkini. Penamaan yang dibuat oleh Tan Swee Gek pada 2012 adalah sah dan masih berkuatkuasa.

Oleh itu, semaklah maklumat akaun KWSP anda jika berkesempatan bagi mengelakkan perkara yang berlaku kepada Tan Swee Gek tidak berulang lagi.

Era Baru

Kategori:NASIONAL

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...