Keluarga, Pesona, Ria

Lucu! Bukan hanya doktor yang merawatnya, anda juga pasti akan tergelak melihat ekspresi wajah kanak-kanak lelaki ini dengan kostum Annabelle pada hari Halloween!

Lucu! Bukan hanya doktor yang merawatnya, anda juga pasti akan tergelak melihat ekspresi wajah kanak-kanak lelaki ini dengan kostum Annabelle pada hari Halloween!

Walaupun Halloween telah lama berlalu masih terdapat ramai ibu bapa yang memuat naik gambar anak-anak kecil mereka dengan kostum Halloween di Facebook. Seorang ibu telah menggayakan anak lelakinya dengan kostum dan solekan persis watak anak patung ‘Annabelle’ pada Halloween lalu.

Namun begitu, selepas aktiviti itu berakhir, wanita itu terus bergegas membawa anaknya ke klinik untuk menerima rawatan doktor gigi tanpa sempat membersihkan solekan dan menukarkan pakaian kanak-kanak itu. Apa yang melucukan ialah ekspresi wajah kanak-kanak itu yang jelas kelihatan dia sedang sedih atau mungkin sedang menahan malu.

Ibu kanak-kanak itu tidak menyangka bahawa aktiviti itu tamat lewat. Jadi dia tidak sempat untuk membersihkan solekan anaknya sebelum ke klinik. Reaksi kanak-kanak itu jelas tidak gembira kerana sepanjang perjalanan dari klinik untuk pulang ke rumah, dia jelas menunjukkan ekspresi wajah yang “sedih”.

Tambahan lagi, doktor gigi yang merawatnya juga tidak dapat menahan ketawa apabila melihatnya dengan kostum dan solekan Annabelle.

Gambar ini telah mencuit hati ramai netizen. Siapa sahaja yang tidak tertawa melihat ekspresi wajahnya yang seolah-olah tidak berpuas hati itu. Mungkin kerana dia seorang budak lelaki yang memakai pakaian dan solekan seperti perempuan telah membuatkan keadaan semakin melucukan. Anda juga pasti ketawa melihat gambarnya, melucukan!

Era Baru

Kategori:Keluarga Pesona Ria

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...