GAYA HIDUP

Kajian: Lelaki Malaysia mempunyai sifat kesetiaan lebih tinggi dalam perhubungan cinta

Kajian: Lelaki Malaysia mempunyai sifat kesetiaan lebih tinggi dalam perhubungan cinta

Hasil kajian daripada sebuah aplikasi percintaan Asia, JustDating, 50% lelaki Malaysia setia dan sanggup memaafkan pasangan wanitanya walaupun ditipu dan didapati curang terhadapanya.

Golongan lelaki tidak memandang kecurangan sebagai penamat dalam perhubungan kerana mereka sanggup berbincang dan bertoleransi dalam hal ini kerana kesetiaan terhadap pasangan.

Walhal, 70% golongan wanita akan menamatkan hubungan cinta jika mendapati pasangan lelaki melakukan curang terhadapnya.

Golongan wanita dan lelaki punyai kaedah yang berbeza apabila mendapati pasangan mereka berlaku curang. Bagi lelaki, mereka lebih gemar memahami dan bertolak ansur berbanding kaum wanita.

Sumber: google image

Kajian daripada 1000 orang kaji selidik di Malaysia turut mendapati, golongan lelaki menganggap kecurangan bersifat fizikal manakala wanita pula beranggapan bersifat emosi.

Mengikut rekod, pasangan cinta di Malaysia berapa pada kedudukan nombor satu di Asia Tenggara sebagai golongan yang beremosi dalam mengendalikan hubungan cinta.

Hasil soal selidik, daripada 20% pasangan cinta di Malaysia mengaku pernah berlaku curang yang menyaksikan golongan lelaki mempunyai kecenderungan untuk curang daripada wanita.

Di Indonesia, 40% daripada pasangan mengaku pernah curang manakala bagi Taiwan dan Singapura, 30% daripada pasangan pernah curang.

Oleh hal yang sedemikian, pasangan di Malaysia adalah lebih gemar setia terhadap pasangan mereka berbanding negara Asia Tenggara yang lain.

Era Baru

Kategori:GAYA HIDUP

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...