NASIONAL

Heboh dikatakan seorang Ketua Pegawai Eksekutif syarikat telekomunikasi tempatan ditangkap di Dubai kerana dadah, beliau jelaskan perkara sebenar

Heboh dikatakan seorang Ketua Pegawai Eksekutif syarikat telekomunikasi tempatan ditangkap di Dubai kerana dadah, beliau jelaskan perkara sebenar
Seorang ketua pegawai ekseutif syarikat telekomunikasi terkenal di Malaysia ditangkap oleh pihak polis Dubai. (Foto hiasan)

KUALA LUMPUR – Dua hari lepas, heboh diperkatakan seorang ketua pegawai ekseutif syarikat telekomunikasi terkenal di Malaysia ditangkap oleh pihak polis Dubai kerana kesalahan dadah.

Pendedahan yang dibuat oleh Harian Metro menimbulkan pelbagai spekulasi dan tanda tanya. Di samping itu, Free Malaysia Today cuba menghubungi beberapa syarikat telekomunikasi, tetapi semua syarikat menolak dakwaan itu.

Malah, pegawai daripada Wisma Putra, pihak Kementerian Dalam Negeri dan polis tidak mengetahui tentang penangkapan tersebut.

Pelbagai dakwaan ini akhirnya terjawab apabila Jason Lo, Ketua Pegawai Eksekutif Tune Talk, mengakui beliau individu yang ditahan polis Dubai tetapi bukan disebabkan kes dadah.

Jason Lo memberitahu, beliau ditangkap pada 18 September lalu di Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai berikutan kes gaduh yang melibatkan kawannya.

“Saya mendarat di Dubai. Di lapangan terbang, kawan saya cuba memberhentikan pergaduhan. Kemudian dia dipukul menyebabkan saya berdepan lelaki itu yang sebenarnya merupakan seorang anggota polis,” kata beliau seperti yang dipetik The Edge Markets.

Akibat terlibat dengan kes ini, Jason Lo telah dimasukkan ke dalam lokap. Namun demikian, akibat penangguhan kenyataan daripada polis Dubai, pelbagai tuduhan dilemparkan terhadapnya.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun turut mengesahkan perkara ini dan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menunggu maklumat lengkap daripada polis Dubai untuk membuat siasatan lanjut, lapor BERNAMA.

Jason Lo kini sudah pun berada di Malaysia dan disebabkan cuba meleraikan pergaduhan, beliau mengalami kecederaan kecil.

Era Baru

Kategori:NASIONAL

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...