INSPIRASI, Pesona, VIDEO

Bapa menenangkan bayi yang meraung setelah menerima suntikan. Pada masa yang sama, dia sendiri kehilangan bapa tercinta

Bapa menenangkan bayi yang meraung setelah menerima suntikan. Pada masa yang sama, dia sendiri kehilangan bapa tercinta

Jika ditanya kepada semua ibu bapa, tiada siapa yang mahu anak mereka berada dalam kesakitan. Kesakitan yang dialami oleh anak pasti akan lebih dirasai oleh ibu dan bapa. Akan tetapi, tiada siapa tahu seksa yang berada di dalam jiwa para ibu bapa.

Antwon Lee, 29 tahun telah kongsikan video bayinya yang baru berusia 2 bulan menerima suntikan. Dalam video tersebut, Antwon telah mempamerkan nilai kasih sayang yang tidak terhingga kepada bayinya, Debias King.

Video tersebut menular setelah Antwon mendedahkan bahawa dia telah kehilangan bapa tercinta yang juga merupakan datuk kepada Debias pada malam yang sama anaknya menerima suntikan di Warrenton, Georgia.

Bapanya iaitu mendiang Anthony Lee, 57 tahun dikatakan meninggal dunia akibat komplikasi minuman keras.

Debias meraung sebaik sahaja disuntik tetapi Antwon berjaya memujuk anaknya dengan memberikan pelukan penuh kasih sayang.

Menurut Antwon, “Debias jarang menangis. Apabila saya merangkulnya dan bercakap dengannya, dia hanya duduk dan mendengar saya”.

Antwon turut menyatakan bahawa dia tidak sangka anaknya akan menjadi baik dan kuat seperti itu.

Pada malam pemergian datuk Debias, Antwon telah berkata kepada anaknya, “Nak, ayah mahu lihat kamu berjaya sebelum ayah pergi. Ayah harus lihat kamu berjaya”.

Rasa mahu mengalir air mata melihat kisah yang memilukan ini. Bayangkan bagaimana perasaan Antwon pada ketika itu. Kehilangan seseorang yang tiada galang gantinya sememangnya memeritkan. Pengalaman yang tidak akan pernah luput dari ingatan.

Apa-apa pun, kehadiran Debias telah membuatkan Antwon sedar bahawa dia perlu menjadi bapa yang baik jika mahu melihat anaknya berjaya sebelum menutup mata.

Nampaknya bapa muda ini akan menjadi bapa yang penyayang kepada anak-anaknya. Lihat video menyentuh perasaan di bawah.

Era Baru

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...