GLOBAL

Twitter diharamkan di China, namun Donald Trump masih boleh menghantar mesej Twitter seperti biasa

Twitter diharamkan di China, namun Donald Trump masih boleh menghantar mesej Twitter seperti biasa

Pada 8 November 2017, Presiden Amerika Syarikat Donald Trump telah tiba di China dalam rangka lawatan rasmi membincangkan pelbagai perkara bilateral bersama Presiden China Xi Jinping.

Dalam kesibukan pihak media menumpukan perhatian kepada perkara yang akan dibincangkan, mereka juga memberi perhatian kepada mesej yang telah disampaikan oleh Trump di dalam halaman Twitter sebaik sahaja beliau tiba di China.

Kredit: Jim Watson/ AFP

Trump berkomunikasi seperti biasa dengan rakyat Amerika Syarikat di dalam halaman Twitternya walaupun Twitter diharamkan di China.

China telah mengharamkan beberapa halaman media sosial luar negara seperti Facebook, Twitter dan Google.

Namun, jurucakap Rumah Putih memberi kenyataan, walaupun China telah mengharamkan Twitter dan menghalangnya menerusi sistem ‘Great Firewall’ “canggih”nya bagi menyekat kandungan media sosial dari luar negara,  Trump tidak boleh dihalang daripada terus menghantar mesej  di Twitternya setiap hari.

Kredit: AP

Menurut jurucakap senior di Rumah Putih, “Presiden kami boleh mengemukakan apa sahaja mesej yang beliau kehendaki, yang mana dengan cara yang biasa beliau berkomunikasi bersama rakyat Amerika Syarikat. Mengapa pula Presiden kami tidak boleh mengemukakan mesej di dalam Twitter seperti biasa dan pada bila-bila masa di China?”

Para pembantu dan petugasnya di dalam Air Force One iaitu kapal terbang rasmi Presiden Amerika Syarikat pasti mempunyai kelengkapan yang canggih bagi memintas sekatan ke atas Twitter di China. Tiada isu yang dapat menghalang Trump dari terus berkomunikasi bersama 42.3 juta pengikut Twitternya setelah beliau tiba di China.

Kredit: Twitter / Donald J.Trump

Pada 8 November 2017, jam 10.27 malam, Trump telah menghantar mesej di Twitternya bagi menyatakan rasa terima kasih kepada Xi Jinping dan isterinya, Madam Peng Liyuan atas lawatan yang unik serta jamuan makan malam di Kota Larangan. Beliau juga menyatakan rasa tidak sabarnya untuk memulakan perbincangan dalam mesyuarat yang akan berlangsung dengan Presiden China itu.

Trump juga telah menukar latarbelakang halaman Twitternya dengan meletakkan fotonya bersama Xi Jinping dan isteri masing-masing, semasa persembahan opera di Kota Larangan.

Kredit: bbc.com

Lawatan rasmi Trump menjadi topik bualan nombor tiga di China selepas berita hiburan. Ramai yang bertanya bagaimana Trump dapat melepasi sekatan terhadap Twitter di China. Ada yang berkata Trump menggunakan wifi dari rangkaian satelit dan tidak kurang juga mengatakan Trump menggunakan rangkaian virtual peribadi seperti mana yang dilakukan oleh kebanyakan warga asing di China.

Apa yang penting Donald Trump tidak akan berhenti daripada menghantar mesejnya di Twitter walaupun beliau berada di China.

Trump menghantar satu lagi mesejnya di halaman Twitter pada pada petang Khamis, 9 November 2017 dengan menunjukkan video dari berita ABC  yang memaparkan rakaman perarakan dan sambutan hebat rakyat China ke atas lawatan Trump di Great Hall of People.

Kredit: newsnation.in

Menerusi Twitternya, Trump juga menyertakan bersama foto dari Instagram dalam  lawatannya di Beijing dan Kota Larangan.

Tidak semua Twitternya bernada gembira. Dalam satu mesejnya di Twitter pada 8 November 2017 setiba Presiden Trump di China, pada jam 11.15 malam, beliau telah menyelar ancaman Korea Utara dengan senjata nuklearnya. Trump menyebut dalam Twitter tersebut, jangan cuba mengancam Amerika Syarikat.

Yang penting Presiden Donald Trump tidak akan berhenti daripada berkomunikasi dengan rakyatnya di halaman Twitter pada setiap hari dan sepanjang masa walau di mana beliau berada.

Era Baru

Kategori:GLOBAL

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...