NASIONAL

Ini lima bantuan bagi meringankan beban mangsa banjir di Pulau Pinang

Ini lima bantuan bagi meringankan beban mangsa banjir di Pulau Pinang
Kerajaan negeri Pulau Pinang dan beberapa syarikat korporat telah bersedia membantu mangsa banjir bagi meringankan beban mereka. (Foto komposit)

PULAU PINANG – Rakyat Malaysia ternyata berdukacita apabila beberapa negeri di utara Semenanjung Malaysia ditimpa banjir besar. Kehilangan nyawa dan kerosakan harta benda jelas membebankan para mangsa banjir.

Akan tetapi, kerajaan negeri dan beberapa syarikat korporat telah pun bersedia membantu mangsa banjir bagi meringankan beban mereka.

Ini lima bantuan yang anda boleh dapatkan bagi meringankan beban anda.

1. Pulau Pinang Bangkit (PBB)  

Sumber: Roket Kini

Kerajaan negeri akan menyumbangkan RM 500 setiap keluarga mangsa banjir. Bukan itu sahaja, melalui Pejabat Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP), diskaun air sebanyak 50 peratus juga akan diberikan kepada pengguna domestik. Bagi pengguna komersil, PBA akan memberikan diskaun 25 peratus.

Diskaun ini akan ditawarkan selama dua bulan bagi memudahkan pengguna menggunakan air bagi proses pembersihan dan pemulihan kawasan terjejas.

Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) turut memberi diskaun cukai pintu 10%  kepada mangsa banjir untuk semua jenis hartanah.

Bagi dokumen-dokumen kerajaan seperti geran tanah yang rosak atau hilang, boleh diganti secara percuma.

Menurut Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, sebuah laman web akan dibina dan semua mangsa perlu memohon secara atas talian bagi mendapatkan bantuan ini. Beliau menjangkakan, permohonan boleh dilakukan selepas 18 November.

2. Pasport yang rosak atau hilang boleh diganti secara percuma 

Mangsa banjir di Pulau Pinang yang mengalami kehilangan atau kerosakan pasport, boleh diganti secara percuma. Perkara ini disahkan oleh Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia, Datuk Seri Mustafar Ali.

Jika pasport anda hilang, pertama sekali anda perlu membuat laporan polis. Kemudian, tindakan lanjut perlu dilakukan di mana-mana Jabatan Imigresen.

Jika pasport tersebut rosak akibat banjir, anda perlu membawanya ke Jabatan Imigresen sebagai bukti.

Anda perlu melakukan proses ini sebelum 31 Disember 2017.

3. Bank tempatan bantu mangsa banjir 

Maybank-Moratorium enam bulan bayaran ansuran bulanan untuk pinjaman dan pengecualian caj tertentu kepada mangsa banjir.

Bayaran yang ditangguhkan ini turut ditawarkan kepada perbankan perniagaan, perusahaan kecil dan sederhana (IKS) dan para pelanggan.

CIMB Bank- Penangguhan pembayaran balik enam bulan ke atas pelbagai produk pinjaman dan pembiayaan.

Semua pinjaman atau pembiayaan seperti pinjaman rumah, premis perniagaan, Amanah Saham Berhad (ASB), dan pembiayaan bersyarat akan diberikan kemudahan ini.

RHB Bank- Penangguhan pembayaran balik pinjaman selama enam bulan ke atas pembiayaan peribadi, pembiayaan auto dan pembiayaan ASB.

Bank Islam- Program Prihatin dilancarkan khusus membantu kesemua pelanggan yang menjadi mangsa banjir.

Bantuan yang diberikan ialah, pengecualian yuran bagi memperbaharui kad debit atau buku akaun yang hilang atau rosak akibat banjir.

Pembiayaan Peribadi-i, Pembiayaan Kenderaan-i dan Pembiayaan Rumah-i akan diberikan penangguhan pembayaran balik selama enam bulan.

4. Pengeluar kereta turut membantu pelanggan yang mengalami kerosakan kereta akibat banjir

Sumber: google image

Honda- Diskaun 50% bagi membaiki bahagian kereta yang terjejas akibat banjir.

Perodua- Diskaun 20% bagi beberapa bahagian kereta yang rosak akibat banjir. Pemeriksaan percuma diberikan bagi menilai keadaan kereta selepas banjir.

KIA Malaysia- Diskaun 50% untuk semua bahagian kereta keluaran KIA

Volkswagen Malaysia- Diskaun 30% diberikan kepada pelanggan sehingga 28 Februari 2018.

Nissan- 20% diskaun bagi membaiki atau memperbaharui bahagian alat ganti kereta yang rosak akibat banjir.

Jika anda pengguna salah sebuah pengeluar kereta ini, hubungi khidmat pelanggan terlebih dahulu bagi mengetahui prosedur mendapatkan bantuan.

5. Samsung Malaysia turut membantu pelanggan yang menjadi mangsa banjir 

Jika anda pengguna barangan elektronik Samsung seperti telefon pintar, televisyen atau mesin basuh, anda boleh dapatkan khidmat membaiki secara percuma atau diskaun oleh mereka.

Bagi pengguna yang berada di kawasan terjejas akibat banjir, anda boleh membawa barangan elektrik anda ke Pusat Servis di Pulau Pinang dan Kedah untuk diperiksa terlebih dahulu.

Barangan elektrik yang lebih besar akan mengambil masa yang lebih lama untuk diperiksa dan dikenakan caj yang murah.

Bagi pengguna telefon pintar dan barangan elektronik kecil, anda boleh menghubungi talian ini: 1800 22 8899.

Manakala bagi barangan elektronik yang besar, hubungi talian ini pula: 1800 88 9999.

Era Baru

Kategori:NASIONAL

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...