GAYA HIDUP, Keluarga

Dikatakan lebih bersikap baik, sopan dan aktif, sebab mengapa anak-anak kecil di Perancis tidak bersikap tantrum kini terbongkar!

Dikatakan lebih bersikap baik, sopan dan aktif, sebab mengapa anak-anak kecil di Perancis tidak bersikap tantrum kini terbongkar!

Ramai yang menyedari bahawa kanak-kanak di Perancis lebih berperilaku baik, cerdas, dan aktif. Mereka juga jarang bersikap nakal, membantah atau memberontak. Mereka juga makan apa sahaja yang disajikan, tidak menolak atau meminta-minta menu kegemaran mereka. Mereka juga dengan sopan menyapa jiran-jiran mereka apabila bertemu.

Tahukah anda di sebalik semua itu sebenarnya ada ‘rahsia’ yang tersembunyi. Pada saat kanak-kanak lain mula menunjukkan perangai keanak-anakan mereka yang adakala memeningkan kepala ibu bapa, kanak-kanak Perancis dikatakan lebih teratur dan terkawal. Ini dia rahsia ibu bapa di Perancis dalam mendidik anak-anak yang boleh kita lakukan di rumah!

1. Tahun pertama anak

Golongan ibu di Perancis biasanya akan kembali bekerja kurang daripada 10 minggu selepas melahirkan anak. Jika mereka tinggal di rumah lebih lama, mereka akan memerlukan perbelanjaan yang tinggi.

Menurut undang-undang, seorang ibu boleh menjaga anak-anak kecil mereka lebih daripada 10 minggu dan mempunyai pekerjaan yang tetap. Walau bagaimanapun, mereka juga harus menyerahkan sebahagian gaji untuk membiayai elaun sosial.

Pada hari-hari terakhir cuti bersalin, anak-anak kecil akan mula dibawa ke pusat penjagaan untuk membiasakan mereka dengan suasana baru. Perkara itu dapat membantu si kecil untuk menyesuaikan diri dengan lebih cepat dan menjadi lebih bebas dalam kehidupan.

2. Tidur di katil sendiri

Kanak-kanak diajar untuk tidur di katil mereka sendiri, walaupun di bilik tidur yang berasingan. Jika kanak-kanak bangun pada waktu malam dan mula menangis, ibu biasanya akan menunggu beberapa saat untuk memastikan kehadirannya benar-benar diperlukan. Lama kelamaan anak-anak akan mula terbiasa tidur bersendirian tanpa ditemani ibu bapa.

3. Memberi kebebasan kepada anak-anak

Ibu bapa Perancis juga memberi anak-anak mereka kebebasan untuk mengurus ‘konflik’ mereka. Mereka tidak campur tangan dalam konflik antara anak-anak dan membiarkan mereka menjaga diri mereka sendiri.

Apa yang penting ialah ibu bapa di Perancis menetapkan garis panduan yang jelas untuk membezakan antara gurauan nakal dan tingkah laku yang buruk. Tingkah laku yang buruk sahaja yang akan menerima hukuman supaya anak-anak dapat tahu bahawa apa yang mereka lakukan adalah sebuah kesalahan.

4. Datuk dan nenek tidak campur tangan

Datuk dan nenek memainkan peranan sokongan dalam membesarkan anak-anak. Perhimpunan keluarga biasanya berlaku pada hujung minggu atau hari cuti. Anda boleh melihat orang tua minum secawan kopi atau segelas wain di restoran lebih kerap daripada menjaga anak cucu-cucu mereka.

5. Tiada makanan khas untuk anak-anak

Makanan adalah salah satu elemen kehidupan yang paling penting di Perancis, dan mereka adakalanya meluangkan hampir dua jam hanya untuk makan tengah hari.

Orang Perancis percaya bahawa adalah penting untuk makan bersama sekurang-kurangnya sekali sehari. Kanak-kanak dan orang dewasa makan makanan yang sama kerana tidak ada makanan khas untuk kanak-kanak di Perancis.

Ibu bapa tidak akan memaksa anak-anak mereka untuk makan makanan yang mereka tidak suka, tetapi mereka akan memujuk anak-anak mereka sekurang-kurangnya untuk cuba merasai makanan yang disediakan.

6. Kepentingan bersikap baik

Sikap baik adalah sesuatu yang sangat penting dan kanak-kanak di Perancis sendiri sedar akan hakikat itu. Justeru mereka akan berkelakuan baik dengan siapa sahaja.

Mereka akan menyambut tetamu dan menyapa jiran mereka, mereka tetap tenang dan sabar ketika beratur serta mereka juga dididik untuk memberikan tempat duduk kepada orang yang lebih tua ketika di dalam bas. Sejak kecil mereka diajar 4 ungkapan yang penting: “terima kasih,” “semoga hari anda baik-baik sahaja,” “selamat datang” dan “selamat tinggal.”

7. Didikan di rumah

Adalah sesuatu yang normal jika ada kanak-kanak masih tidak dapat membaca pada usia 5 tahun dan ibu bapa di Perancis tidak pula risau bahkan lebih tenang menghadapi perkara itu.

Bagi mereka pada usia kanak-kanaklah adalah masa yang baik untuk mereka belajar membina impian, meneroka dunia dan belajar bagaimana untuk bersikap baik dan bertanggungjawab. Pada usia mereka 6 tahun, mereka mula belajar membaca dan mengira.

8. Ahad adalah masa bersama keluarga

Ahad adalah masa terbaik untuk berkelah di taman, membuat BBQ atau berbasikal bersama keluarga. Keluarga di Perancis sangat mementingkan aktiviti bersama keluarga pada hari Ahad dan sentiasa bersedia untuk aktiviti yang akan dijalankan setiap minggu.

9. Anak-anak menerima wang saku mereka

Anak-anak akan mula menerima wang saku pada usia 7 tahun dan dibenarkan untuk membelanjakannya sesuai dengan kehendak mereka. Kerana itu jugalah kanak-kanak di Perancis tidak akan meminta-minta atau merengek untuk dibelikan mainan atau coklat kegemaran mereka. Jumlah wang saku bulanan kanak-kanak biasanya sama dengan usia mereka.

Era Baru

Kategori:GAYA HIDUP Keluarga

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...