GAYA HIDUP

Pesanan buat wanita! Langkah-langkah keselamatan buat yang sering berjalan bersendirian, hati-hati kerana anda mungkin sedang diperhatikan!

Pesanan buat wanita! Langkah-langkah keselamatan buat yang sering berjalan bersendirian, hati-hati kerana anda mungkin sedang diperhatikan!

Golongan wanita zaman kini dilihat lebih berdikari, bebas bergerak serta lebih fleksible dalam menjalankan apa juga aktiviti. Mereka bebas memandu, bebas ke mana sahaja dan boleh melakukan pelbagai tugas- di rumah dan di tempat kerja dengan kudrat dan tenaga mereka sendiri. Namun begitu, setiap wanita harus sedar sebenarnya mereka berhadapan dengan bahaya, di mana sahaja mereka berada.

Perkara ini mungkin bukan masalah yang besar bagi yang mahir dalam seni mempertahakan diri, tetapi ianya tetap ancaman kepada wanita lain yang tidak mahir dalam mempertahankan diri. Jadi, tidak kiralah di mana, dengan siapa, pada bila-bila masa, anda harus berhati-hati dan mengambil langkah-langkah bagi menjamim keselamatan anda. Anda perlu sedar baahwa malang itu tidak berbau.

Berikut adalah beberapa langkah keselamatan yang boleh diterapkan, terutamanya bagi golongan wanita yang sering jalan bersendirian. Sayangi diri anda, jaga diri sebaik mungkin dan anda sebenarnya boleh mengelak daripada jenayah yang mungkin berlaku kepada anda!

1. Jangan gunakan fon telinga semasa sedang berjalan dari satu tempat ke tempat lain

Menggunakan fon telinga ketika berjalan bersendirian adalah sesuatu yang perlu dielakkan. Apabila telinga anda dihidangkan dengan alunan muzik pastinya akan membuatkan pendengarana anda terhadap keadaan persekitaran anda agak terbatas. Anda malah tidak sedar akan apa yang sedang berlaku di sekitar anda. Bayangkan jika ada penjahat yang mengikuti anda dari belakang? Anda kemungkinan tidak akan sedar dan perkara ini boleh membuatkan anda dalam bahaya.

2. Jangan pegang kunci di antara jari anda tetapi genggam kunci seperti anda menggenggam penukul besi

Kebiasaannya anda memegang kunci anda di celah-celah jari atau mungkin hanya menyangkutnya di jari seperti memakai cincin. Tetapi tahukah anda bahawa semua itu tidak membantu anda jika anda diserang? Jadi, ubah cara memegang kunci. Bagaimana? Hanya dengan genggam gugusan kunci anda, seperti anda memegang tukul besi (rujuk gambar di bawah). Dengan cara ini anda akan lebih bersedia dan anda seolah-olah punya senjata yang sudah tersedia seandainya anda diserang.

3. Bawa semburan ke mana sahaja anda pergi

Ramai yang tahu bahawa semburan adalah senjata yang paling berguna khususnya buat wanita. Walaupun mungkin ramai yang peka akan maklumat ini masih ramai yang tidak memiliki semburan di dalam tas tangan mereka.

Mengapa tidak belanjakan sedikit wang untuk mendapatkan semburan ini? Jika dibandingkan dengan alat solek anda yang berpuluh-puluh jenis di dalam tas, sebotol semburan kecil tidak memakan ruang atau membuatkan beg anda menjadi berat. Ayuh, kaum wanita anda boleh mengubah nasib anda sendiri!

4. Buangkan kasut tumit yang tinggi dan lari, atau gunakannya sebagai senjata 

Bagi yang gemar menggunakan kasut tinggi pastinya agak sukar untuk berlari dengannya. Bayangkan jika anda berada dalam situasi yang bahaya, diserang oleh orang yang tidak dikenali, bagaimana anda mahu berlari dengan kasut setinggi itu? Jangan buang masa, tanggalkan kasut anda dan lari! Tetapi jika tidak sempat melarikan diri gunakan kasut tinggi anda sebagai senjata!

5. Kongsi lokasi anda dengan orang-orang terdekat supaya mereka tahu akan keberadaan anda setiap masa

Bagi yang sering bergerak dari sebuah tempat ke tempat yang lain perkara ini adalah sangat penting buat anda. Anda harus memaklumkan kepada keluarga atau teman rapat anda akan keberadaan anda.

Pastikan mereka tahu lokasi sebenar anda kerana perkara ini akan memudahkan mereka untuk mengesan anda jika ada sesuatu yang berlaku.

Era Baru

Kategori:GAYA HIDUP

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...