Automobil, NASIONAL, Pesona

Myvi terbaru versi 2018 kini boleh ditempah bermula hari ini!

Myvi terbaru versi 2018 kini boleh ditempah bermula hari ini!

Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) baru-baru ini telah mengumumkan kereta Myvi terbaru versi 2018 yang akan mula dibuka untuk tempahan pada hari ini, 9 November!

Model terbaru Perodua Myvi yang boleh dibeli pada harga bermula dari RM44,300 ini berjaya menawan perhatian netizen dengan gaya rekaannya yang sangat canggih dan elegan!

Perodua

Kenderaan Myvi baru ini dilaporkan sebagai model pertama Perodua yang mempunyai rekaan aerodinamik yang menarik dan ciri keselamatan terbaru yang dikenali sebagai Advanced Safety Assist (ASA) melalui kamera khas di cermin depan kereta.

Perodua

Menurut Presiden dan juga Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Dr. Aminar Rashid Salleh, “Myvi Serba Baru adalah 100 peratus rekaan tempatan yang dibangunkan selepas mendapat maklum balas daripada pelanggan dan orang ramai”.

Perodua

“Myvi Serba Baru ini menawarkan pemanduan menarik selain lebih nilai untuk wang”.

Perodua Myvi terbaru ini ditawarkan pada lima varian iaitu:

  • 1.3G Standard (MT) pada harga RM44,300
  • 1.3G Standard (AT) pada harga RM46,300
  • 1.3X Premium (MT) pada harga RM48,300
  • 1.5 High (AT) pada harga RM51,800
  • 1.5 Advance (AT) pada harga RM55,300

Kesemua varian ini dilengkapkan dengan ciri standard seperti lampu depan LED, butang penghidup enjin, Kawalan Kestabilan Kenderaan (VSC), Kawalan Tarikan (TRC) dan Lampu Isyarat Berhenti Kecemasan (ESS). Wah, boleh tahan hebatnya!

Perodua

Varian 1.3L dan 1.5L dijana dengan enjin DOHC Dual VVT-i dengan transmisi empat kelajuan automatik atau lima kelajuan manual (1.3G Standard sahaja).

Selain itu, Perodua Myvi bagi varian 1.5L akan didatangkan dengan Eco Idle System dan juga Built-In Toll Reader manakala bagi varian 1.5 Advance pula didatangkan dengan teknologi ASA.

Perodua

Tambah Aminar lagi, model terbaru ini akan membolehkan Perodua mencapai sasaran jualan sebanyak 6,000 unit kenderaan dalam tempoh sebulan bagi tiga bulan pertama.

Viral Media Johor

Sebanyak enam warna menarik akan ditawarkan bagi Perodua Myvi Serba Baru ini iaitu Hitam Granit (untuk varian 1.5L sahaja), Hijau Pudina (untuk 1.3L), Merah Lava, Ungu Mistik, Perak Berkilau dan Putih Gading.

Apa tunggu lagi? Tawaran menarik menanti anda! Sebarang maklumat lanjut boleh diajukan ke laman rasmi Perodua di sini.

Era Baru

 

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...