Asia, GLOBAL

Lelaki Thai tidur dengan memasang 3 kipas mati mengejut

Lelaki Thai tidur dengan memasang 3 kipas mati mengejut
Lelaki Thailand mati akibat hypothermia sebab cuaca yang sejuk. (The Nation)

THAILAND -Seorang lelaki berusia 44 tahun mati mengejut ketika tidur akibat hypothermia di rumah abangnya, Chaiyaphum Muang, Thailand.

Mangsa, Boonkua tidak menyangka suhu turun mendadak kesan daripada memasang tiga kipas ketika tidur sekaligus meragut nyawanya.

Sumber: The Nation

Hypothermia merupakan satu keadaan apabila suhu badan normal manusia,  37 darjah turun melepasi 35 darjah akibat suhu persekitaran turun mendadak.

Pihak polis bersama dengan pasukan perubatan dan kecemasan bergegas ke rumah mangsa pada jam 8:30 pagi selepas mendapat panggilan kecemasan.

Menurut abang mangsa, Saravuth Boonkua, adiknya datang ke rumahnya untuk menjaga ibu mereka berusia 86 tahun yang sedang sakit.

Sobthawee merupakan seorang lelaki yang tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan. Jelas abangnya, Sobthawee tidur dan menghalakan tiga kipas ke arahnya tanpa mengetahui suhu kawasan tersebut boleh turun secara drastik.

Hasil pemeriksaan kesihatan, ternyata Sobthawee meninggal dunia ketika tidur apabila suhu badannya tidak mampu bertahan dengan cuaca luar yang sejuk.

Pihak keluarga redha dengan pemergian Sobthawee dan akan mengambil mayatnya untuk upacara agama.

Kini, cuaca di Malaysia juga adalah tidak menentu. Oleh itu, anda dinasihatkan untuk tidak memasang pendingin hawa atau kipas angin pada kadar terlalu sejuk.

Seandainya badan anda tidak mampu bertahan dengan cuaca sejuk yang turun secara drastik, maut akan menimpa anda.

Era Baru

Kategori:Asia GLOBAL

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...