GAYA HIDUP, INSPIRASI, Keluarga

12 prinsip didikan keluarga diraja Britain yang patut dicontohi para ibu bapa

12 prinsip didikan keluarga diraja Britain yang patut dicontohi para ibu bapa

Menurut kisah pari-pari, apabila menjadi anggota keluarga diraja, kehidupan anak raja dipenuhi kemewahan dan segala perkara dilakukan dan diatur oleh orang lain. Anak raja tidur di bantal yang empuk beralas sutera, makan di pinggan emas dan menghabiskan masa dengan berhibur dan bermalasan sepanjang masa.

Namun pada hari ini, kehidupan diraja tidak seperti kisah pari-pari. Lihat bagaimana Putera George dan Puteri Charlotte dibesarkan dan dididik oleh ayahanda dan bonda mereka, Duke and Duchess of Cambridge, Putera William dan Kate Middleton.

1. Mempunyai gelaran bukan satu alasan untuk gaya hidup yang sembarangan

Kredit :Allpix Press/East News

Dalam keluarga Putera William dan Kate Middleton, terdapat hanya seorang pengasuh yang membantu mereka mendidik putera dan puteri mereka. Semua tugas biasa ibu bapa seperti memberi makan, memandikan anak dan berjalan-jalan dengan anak-anak semua dilakukan oleh Putera William dan Kate Middleton sendiri.

Putera William juga bekerja seperti rakyat biasa iaitu menjadi juruterbang helikopter bagi perkhidmatan perubatan kecemasan, dan kesemua anak-anaknya menyedari tugas bapa mereka.

2. Menghormati tugas orang lain

Kredit : Instagram/hrhcharlotte_cambridge

Cicit-cicit Ratu Elizabeth ini dididik untuk memahami dan menghargai tugas orang lain sejak dari usia yang muda lagi. Tidak kira sama ada bonda mereka memasak hidangan makan malam sendiri atau pembantu rumah mereka membersihkan rumah. Oleh sebab itu, Putera George dan Puteri Charlotte sentiasa menghabiskan makanan mereka dan tidak pernah membazirkan makanan. Mereka juga diajar dan dibiarkan mengutip pakaian sendiri.

3. Keluarga adalah keutamaan dalam kehidupan

Kredit : AFP/East News

Sehingga kini, Putera George yang baru berusia 4 tahun sentiasa menjaga adindanya, Puteri Charlotte. Bondanya, Kate Middleton berkata mereka telah menjadi seperti rakan karib. Walaupun masih kecil, kedua adik beradik ini mengetahui sejarah keluarga mereka dan sering melawat pusara nenda mereka, Puteri Diana.

Putera William dan Kate Middleton juga akan cuba memperuntukkan masa sebanyak yang mungkin untuk putera dan puteri mereka. Putera George boleh berbual apa sahaja bersama ayahandanya dan Puteri Charlotte gemar membantu bondanya memasak.

Apabila tiba waktu makan malam, kanak-kanak diraja ini akan makan bersama dengan ibu bapa mereka atau orang dewasa yang lain. Dan ia tidak seperti tradisi diraja yang lalu.

4. Setiap ahli keluarga mempunyai hak untuk menyatakan pendapat dan bebas untuk berfikir apa sahaja

Kredit : Maria Testino

Di sebalik tradisi diraja yang mendidik anak-anak dengan tidak merapatkan diri masing-masing, Putera William dan Kate Middleton bersikap aktif mendidik anak-anak mereka dengan cara membangunkan tahap intelek dan emosi mereka.

Menurut Putera William,”Melihat kanak-kanak berkomunikasi sesama sendiri di sekolah, saya memahami yang kami hidup di dalam waktu yang sangat berbeza. Kita berada pada zaman di mana generasi kini tidak takut untuk menyatakan apa sahaja yang memberi kebimbangan kepada mereka.”

5. Pendidikan diutamakan

Kredit : Instagram/kensingtonroyal

Bagi Putera George dan Puteri Charlotte, membaca adalah aktiviti kegemaran mereka. Kate sering membawa Putera George dan Puteri Charlotte ke galeri pameran dan muzium. Muzium kegemaran mereka ialah Muzium Sejarah Semulajadi di London. Menurut Kate, Putera George dan Puteri Charlotte sangat suka berkunjung ke muzium ini. Dan bukan dinasour sahaja yang mereka sukai, malah banyak perkara lain juga.

6. Adalah menjadi perkara penting untuk meminati sukan

Kredit : Instagram/hrhcharlotte_cambridge

Putera William dan Kate Middleton amat dikenali kerana gemar bersukan. Kate amat meminati sukan hoki dan Putera William amat meminati bolasepak, bola keranjang dan sukan polo. Putera George dan Puteri Charlotte masih belum menunjukkan minat terhadap sukan, tetapi mereka pasti akan mengikut jejak ibu bapa mereka pada masa depan.

7. Setiap ahli keluarga perlu mengikut etika dan menunjukkan keperibadian yang baik di khalayak ramai tidak kira berapa usia mereka

Kredit : eastnews

Putera George dan Puteri Charlotte menyedari mereka akan ditegur di khalayak ramai di dalam majlis dan tempat awam sekiranya mereka membuat perangai dan tidak berpuas hati akan sesuatu perkara.

Peraturan yang tegas dikenakan terhadap mereka walaupun mereka anak raja. Sekiranya putera dan puteri ini membuat perangai dan menjadi nakal, mereka akan ditinggalkan di rumah dan dikecualikan dari acara rasmi.

8. Anda boleh bersantai dan berseronok di rumah

Kredit : pixabay.com

Putera dan puteri ini tidak pernah tercedera tetapi mereka pernah mencuba untuk membuat aksi-aksi yang berani. Putera George sering berlari di keliling rumah mereka, menolak pelbagai benda dan melompat di sana sini. Menurut Putera William, “Sila beritahu saya selepas beberapa waktu, adakah keadaan akan menjadi lebih mudah?”

9. Sebarang hukuman secara fizikal adalah tidak dibenarkan

Kredit : Alan Davidson/The Picture Library Ltd

Walau seberapa buruk kanak-kanak diraja ini membuat kesalahan, Putera William dan Kate Middleton tidak pernah menggunakan hukuman secara fizikal.

Sekiranya Putera George membuat perangai dan merengek, bondanya akan mencari jalan untuk mengalih perhatian anak ini bagi meredakan perasaannya. Contohnya, menyanyi dengan kuat. Kadang-kadang Kate sendiri sengaja rebah ke lantai dan mula menjerit. Dan selalunya, taktik ini amat berkesan dan anak-anak ini mula bertenang.

10. Tablet dan komputer itu adalah permainan orang dewasa

Kredit : duchesskatephotos

Putera George dan Puteri Charlotte menghabiskan masa dengan bermain basikal dan bermain di luar. Mereka tidak diberi kebebasan untuk bermain alat elektronik seperti tablet dan komputer.

Putera William dan Kate Middleton merasakan alatan elektronik ini adalah permainan orang yang lebih dewasa. Bermain di luar dengan permainan kanak-kanak yang biasa dapat meningkatkan perkembangan minda anak-anak mereka secara sihat dan menjadi lebih kreatif.

11. Rancangan kartun terpilih adalah dibenarkan

Kredit :pxhere.com/Entertainment One

Menonton televisyen dibenarkan dalam keluarga ini. Namun begitu, hanya beberapa rancangan dalam waktu yang terpilih sahaja dibenarkan. Anak-anak kecil ini sudah pandai memilih rancangan kartun kegemaran mereka. Putera George menggemari rancangan kartun Fireman Sam dan Puteri Charlotte sering meminta untuk menonton Peppa Pig.

12. Penggunaan yang munasabah menjadi gaya hidup

Kredit : eastnews

Putera William dan Kate Middleton merupakan pengguna yang munasabah dan berhemat.

Mereka tidak selalu dilihat menggayakan barangan mewah dan berjenama serta mengikut gaya fesyen terkini. Kita pernah melihat Putera George atau Puteri Charlotte memakai pakaian ibu bapa mereka semasa kecil atau memakai pakaian kanak-kanak ayahanda saudara mereka, Putera Harry.

Apabila pakaian tertentu diperlukan untuk acara dan upacara rasmi atau awam, Kate Middleton akan memilih pakaian yang bersesuaian dengan memilih jenama yang disukai dan tidak semestinya memilih jenama dan model yang mewah.

Era Baru

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...