NASIONAL, Pendidikan

Banjir Besar: Perkara yang harus diketahui oleh calon SPM dan STPM yang terpengaruh akibat banjir besar

Banjir Besar: Perkara yang harus diketahui oleh calon SPM dan STPM yang terpengaruh akibat banjir besar

PULAU PINANG – Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang (JPN) akan memastikan tiada mana-mana calon SPM 2017 di negeri Pulau Pinang akan tercicir akibat banjir yang melanda di Pulau Pinang.

Pengarah Pendidikan Negeri, Shaari Osman berkata kepada Berita Harian Online, Jawatankuasa Khas Keselamatan SPM yang dianggotai oleh pelbagai agensi berada dalam keadaan siap sedia bagi menghadapi bencana seperti ini.

Oleh hal itu, pihaknya telah mengarahkan tiada pusat perlindungan mangsa banjir dibuka di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) dan hanya menggunakan Sekolah Kebangsaan (SK).

Tambah beliau, “Kita juga akan memastikan calon SPM yang terbabit dalam kejadian banjir mendapat bantuan untuk ke pusat pemeriksaan.”

Di samping itu, bagi para pelajar yang menghadapi kesukaran untuk ke pusat peperiksaan yang didaftarkan, mereka boleh menjadi calon tumpangan dimana-mana sekolah berdekatan.

Beliau menegaskan, tiada mana-mana calon akan tercicir daripada peperiksaan ini dengan memastikan setiap calon  mendapat akses mudah untuk ke pusat peperiksaan.

Sumber: Utusan Malaysia

Walaupun terdapat dua sekolah yang terpengaruh akibat banjir iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Al-Mashoor (Lelaki) dan SMK Seri Mutiara tetapi para calon dan ibu bapa tidak perlu bimbang kerana dewan peperiksaan masih boleh digunakan.

Sementara itu, bagi calon Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2017, calon yang tidak dapat hadir ke pusat peperiksaan yang didaftarkan boleh menjadi calon tumpangan di mana-mana sekolah berdekatan dan melaporkan diri kepada Ketua Pengawas di pusat peperiksaan berkenaan.

Sumber: Malay Mail

Menurut Profesor Datuk Seri Dr Mohamed Mustafa Ishak, Pengerusi Majlis Peperiksaan Malaysia, pihaknya telah membuka Bilik Gerakan yang beroperasi bermula 7:00 pagi hingga 5:00 petang.

Jika terdapat sebarang masalah atau kesulitan, calon boleh menghubungi talian ini 03-61261600 (Am)/03-61261650/03-61261651/03-61261653/03-61261661/03-61261662 bagi mendapatkan sebarang bantuan.

Melalui Astro Awani, beliau menasihatkan para calon untuk menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri masing-masing untuk mengetahui status semasa di negeri masing-masing.

Beliau turut memesan agar para calon tidak lupa untuk membawa kad pengenalan dan bagi calon persendirian perlulah membawa Laporan Pendaftaran Kemasukan Calon (LPKC) bagi menduduki peperiksaan STPM.

Era Baru

Kategori:NASIONAL Pendidikan

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...