Automobil, GAYA HIDUP, NASIONAL

Kereta rosak akibat banjir? Pastikan lakukan 11 perkara ini untuk selamatkan kereta anda

Kereta rosak akibat banjir? Pastikan lakukan 11 perkara ini untuk selamatkan kereta anda

Banjir besar berlaku di beberapa kawasan di Kedah dan Pulau Pinang merupakan satu peristiwa yang amat menyedihkan di negara kita.

Seramai tujuh mangsa terkorban akibat banjir  manakala jumlah mangsa juga meningkat kepada 6,293 orang sehingga 6:00 petang semalam.

Harta benda awam dan persendirian juga rosak teruk hingga mangsa-mangsa banjir menanggung kerugian yang tinggi.

Jika kereta anda dimasuki air, sudah tentu anda akan runsing memikirkan kaedah terbaik untuk dilakukannya. Kos yang tinggi diperlukan bagi membaiki dan membersihkan kereta yang terpengaruh akibat banjir.

Oleh itu, mari ketahui perkara yang boleh dilakukan jika kereta anda rosak akibat banjir.

  1. Jangan memulakan enjin kereta anda apabila air daripada banjir sudah memasuki bahagian dalam enjin. Walaupun anda masih mempunyai insurans, anda perlulah lebih berhati-hati.
  2. Jika anda cuba memulakan enjin, risiko untuk kereta rosak adalah tinggi.
  3. Semak syarikat insurans untuk mendapatkan tuntutan ganti rugi. Kebanyakan syarikat insurans akan menanggung kos kerosakan jika air naik setinggi papan pemuka atau dashboard. 
  4. Lakukan semakan lebih awal dengan syarikat insurans kerana mereka sering kali sibuk dengan pelbagai panggilan daripada para pelanggan.
  5. Keringkan kereta anda dengan segera. Letakkan beberapa towel di dalam kereta untuk meresap air yang bertakung. Buka pintu dan tingkap untuk cepat kering. Jika anda biar terlalu lama, lumpur akan menjadi keras dan menyukarkan proses pembersihan.
  6. Gantikan sementara waktu bahagian yang basah seperti karpet, tempat pemijak kaki, dan sebagainya dengan objek lain.
  7. Periksa minyak enjin dan penapis udara. Jangan sesekali cuba memulakan enjin sekiranya terdapat titisan air di bahagian tangki minyak enjin, air dalam penapis udara, dan kandungan minyak enjin menjadi tinggi. Anda perlu mendapatkan perkhidmatan tunda untuk membawa kereta anda ke bengkel.
  8. Periksa jika terdapat air masuk dalam bahagian stereng, klac, brek, dan pendingin hawa.
  9. Anda juga perlulah melihat bahagian-bahagian elektrik dalam kereta yang terkesan akibat banjir.
  10. Buang sebarang kekotoran atau sampah sarap yang melekat di tayar kereta sebelum menggerakkannya.
  11. Jangan mudah terpedaya jika terdapat seseorang yang menawarkan barangan ganti kerana terdapat kemungkinan barangan tersebut tidak berkualiti.

Sumber: Drive Safe and Fast

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...