KESIHATAN

Akibat mencuba gincu tester di butik terkemuka, seorang wanita dijangkiti penyakit herpes oral

Akibat mencuba gincu tester di butik terkemuka, seorang wanita dijangkiti penyakit herpes oral

Seorang wanita bertindak dengan menyaman sebuah gedung yang menjual alat kecantikan kerana mendakwa beliau dijangkiti penyakit herpes oral setelah mencuba sampel gincu tester di gedung tersebut.

Sumber: Getty Images

Untuk pengetahuan anda, herpes oral merupakan sejenis penyakit yang mengakitbatkan terdapat bintik-binti seperti kudis yang tumbuh di bahagian bibir, gusi, lidah dan bahagian dalam pipi. Penyakit ini boleh berjangkit melalui air liur ataupun kulit yang telah dijangkiti.

Elena Davoyan, berkata beliau tidak pernah menghidapi penyakit tersebut sebelum ini dan berang kerana butik alat kecantikan tersebut gagal mengeluarkan sebarang amaran tentang risiko apabila menggunakan sampel produk mereka.

Menurut Elena juga,  butik tersebut dipercayai tidak mengambil langkah kebersihan bagi mengelakkan pelanggan daripada jangkitan herpes seperti menyediakan kapas pengelap ataupun berus penyapu lipstik yang lain.

Pihak butik berkenaan juga telah mengeluarkan kenyataan bahawa keselamatan pelanggan adalah perkara utama yang ditekankan oleh pihak mereka. Sudah menjadi teras syarikat tersebut untuk tidak mengeluarkan sebarang komen berkenaan tindakan undang-undang. Tetapi, keselamatan dan kesihatan pelanggan adalah paling utama. Aspek kebersihan sangat dijaga dengan rapi di gedung-gedung syarikat berkenaan.

Walau bagaimanapun, dinasihatkan wanita yang ingin membeli dan mencuba gincu lebih berhati-hati, dengan mengambil langkah seperti membersihkan gincu itu sebelum dicuba.

Era Baru

Kategori:KESIHATAN

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...