HIBURAN

Reaksi Zul Ariffin berkenaan dengan ‘drama’ antara Zahirah dengan Kamal Adli dan Emma Maembong

Reaksi Zul Ariffin berkenaan dengan ‘drama’ antara Zahirah dengan Kamal Adli dan Emma Maembong

Pelakon kacak digilai ramai, Zul Ariffin, dilaporkan berasa keliru dengan isu yang membabitkan kekasihnya yang juga seorang pelakon, Zahirah Mcwilson dengan pasangan kekasih, Kamal Adli dan Emma Maembong. Zul memutuskan untuk mengunci mulut daripada mengeluarkan apa-apa kenyataan. Beliau juga hanya mengetahui berkenaan isu panas itu setelah digembar-gemburkan oleh pihak media.

Namun, Zul mengesahkan penjelasan yang diberikan Zahirah, Kamal dan Emma dalam pertemuan mereka adalah sama dengan apa yang dilaporkan oleh pihak media. Menurutnya :

“Percaya ataupun tidak dengan penjelasan itu, biarlah saya simpan untuk diri sendiri. Tetapi, saya ada soalan untuk mereka bertiga. Apa yang anda semua buat? Untuk memenangi pertandingan? Meraih populariti atau mengeratkan silaturrahim? Atau untuk mempromosi drama atau ada sebab yang saya sendiri tidak faham.”

Pelakon drama Titian Cinta itu juga dikatakan enggan mengulas lanjut akan kisah percintaannya dengan Zahirah dan menegaskan bahawa beliau tidak mahu terlibat langsung dengan kemelut mereka bertiga. Ekoran sibuk dengan promosi drama dan filem lakonannya sebelum ini, maka beliau hanya bertindak dengan mendiamkan diri sahaja.

Menurutnya lagi, ketiga-tiga pelakon yang terbabit itu juga sepatutnya memahami situasi yang dialami oleh dirinya. Beliau tidak boleh bercakap mengenai perkara tersebut kerana terikat dengan jadual kerja yang padat.

Membabitkan namanya merupakan perkara yang tidak disenangi oleh aktor kacak itu. Beliau juga ada menasihati sesiapa yang berlakon untuk tidak membawa ‘drama’ sehingga ke luar set pengambaran.

Era Baru

Kategori:HIBURAN

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...