GAYA HIDUP, KESIHATAN

Makanan yang perlu anda ambil dalam diet apabila berasa keletihan dan kurang bermaya!

Makanan yang perlu anda ambil dalam diet apabila berasa keletihan dan kurang bermaya!

Dalam kehidupan seharian, tidak selalu kita akan berasa segar dan bertenaga setiap masa. Ada masanya kita berasa sangat letih dan kurang bermaya akibat bekerja keras dalam waktu yang berlebihan, kekurangan tidur, kurang bersenam dan memakan makanan yang tidak berkhasiat. Amalan kehidupan seperti ini akan memudaratkan tubuh badan sekaligus mengurangkan tahap kesihatan.

Amalan pemakanan yang baik akan dapat membentuk kesihatan dan tubuh badan yang baik dengan berasa segar dan bertenaga sepanjang hari.

Dibawah adalah makanan yang boleh anda ambil dan praktikkan demi memberi  kesihatan yang baik dan menjauhkan diri dari berasa keletihan dan tidak bermaya semasa melakukan kerja-kerja seharian.

1. Untuk mata

Dengan bekerja yang memerlukan penumpuan pada mata seperti berada dalam posisi yang lama di skrin komputer , tab dan telefon pintar, mata akan menjadi keletihan dan ini akan kesan kepada pandangan mata anda.Untuk menjaga mata dengan baik, anda perlu memakan makanan yang kaya dengan lemak omega-3, lutin, zink serta vitamin A,C dan E.

Anda perlu memakan makanan seperti :

Sayuran hijau seperti bayam, kangkung, kailan dan salad

Kredit : liveinthenow.com

Telur

Kredit :duckinapet.com

Buah-buahan sitrus

Kredit : accentfresh.co.uk

Kekacang dan bijirin

Kredit : thekindlife.com

Ikan dengan lemak yang baik seperti tuna dan talapia

Kredit : funcityseafood.com

2. Untuk sistem imun

Apabila berada di pejabat, kita terdedah kepada bakteria yang dibawa oleh rakan sekerja atau berada di dalam persekitaran yang tidak bersih. Bagi pekerja yang mempunyai sistem imun yang lemah, penyakit akan mudah menjangkiti mereka. Bagi mengelak dijangkiti penyakit, apa yang perlu anda lakukan ialah meningkatkan sistem imun di dalam badan.

Makanan yang perlu dimakan bagi meningkatkan sistem imun:

Lada merah

Kredit : axig.asia

Brokoli

Kredit : lugizi.com

Bawang putih dan halia

Kredit : shapeme.com

Buah kiwi

Kredit : curejoy.com

Buah betik

Kredit : dreamatico.com

3. Untuk meningkatkan kadar metabolisme

Apabila kadar metabolisme anda bergerak dengan cepat, lebih banyak kalori yang akan dibakar. Dengan duduk terlalu lama di pejabat memerlukan anda mencari jalan bagi meningkatkan kadar metabolisme anda secara efisen.

Makanan ini akan mempertingkatkan kadar metabolisme anda dan mengekalkan berat badan di samping memberi tenaga yang diperlukan untuk kekal fokus dan cergas.

Kopi

Kredit : Youtube.com

Teh hijau

Kredit : rivertea.com

Rempah ratus

Kredit : southernstylespices.com

Kacang buncis

Kredit : medicalmedium.com

Daging ayam

Kredit : bostonsausage.co.uk

4. Untuk fungsi otak dan daya tumpuan

Pemakanan yang baik bukan sahaja membawa kesan positif pada badan, tetapi juga membawa kesan kepada fungsi otak. Untuk menjadi pekerja yang cekap dan berdaya tumpuan, menggunakan otak dengan baik itu sangat penting.

Makanan ini membantu anda meningkatkan fungsi otak dengan berkesan, di samping dapat melambatkan proses penuaan.

Beri biru

Kredit : sciencedaily.com

Kekacang dan bijirin

Kredit : Livestrong.com

Makanan kaya dengan fiber seperti aneka bubur, roti bijirin, beras perang dan ubi keledek

Kredit : rotinrice.com

Jus delima

Kredit : undergroundhealth.com

Coklat gelap

Kredit : linkedin.com

5. Untuk usus dan proses penghadaman yang baik

Menurut kajian, bekerja dengan duduk di pejabat selama 10 tahun atau lebih boleh membawa risiko penyakit kanser usus. Untuk mengelakkan perkara ini dari berlaku, anda perlu bergerak dengan melakukan bersenam ringan setiap hari dan tidak hanya duduk di meja seharian.

Makanan ini perlu anda makan untuk mengekalkan diet yang sihat dan bermanfaat untuk usus dan sistem penghadaman, di samping berasa cergas sepanjang hari.

Kobis bunga, kailan, bayam dan brokoli

Kredit : well-beingsecret.com

Kacang bendi

Kredit :htv.com.pk

Pisang

Kredit : wbur.org

Buah-buahan sitrus

Kredit : searchomeremedy.com

Makanan kaya kandungan fiber seperti tempe, roti bijirin, aneka bubur dan ubi keledek

Kredit : mygsn.co.uk

Elakkan dari memakan dengan kerap daging merah dan daging merah yang diproses kerana ia boleh mengakibatkan risiko mendapat penyakit kanser.

Era Baru

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...