GAYA HIDUP, Keluarga, VIDEO

Kepulangan kanak-kanak ini dari sekolah disambut ahli keluarganya yang ‘menyamar’ sebagai T-Rex. Melucukan sungguh!

Kepulangan kanak-kanak ini dari sekolah disambut ahli keluarganya yang ‘menyamar’ sebagai T-Rex. Melucukan sungguh!

Walaupun kita sangat menyayangi ahli keluarga, tidak dapat dinafikan kadangkala tingkahlaku mereka sangat memalukan sehinggakan kita malu untuk mengaku mereka sebagai keluarga kita.

Justeru, kebanyakan remaja cenderung untuk mengasingkan kehidupan sosial dengan kehidupan keluarga daripada pengetahuan rakan-rakan.

Misalnya, peristiwa memalukan yang berlaku kepada seorang gadis dari Orting, Washington ini. Sebaik sahaja turun dari bas sekolahnya, dia telah disambut oleh keluarganya yang berpakaian kostum menyerupai T-Rex!

Oh tidak!

Lihatlah betapa malunya gadis ini. Habis merah padam mukanya kerana ‘terpaksa’ mempunyai ahli keluarga yang ‘gila-gila’. Dalam video berdurasi 46 saat ini, terdapat sebanyak lima ekor T-Rex kesemuanya. Tiga ekor daripadanya adalah T-Rex dewasa manakala dua lagi adalah T-Rex kanak-kanak.

Tetapi sebenarnya, video ini memaparkan betapa bahagia dan eratnya hubungan yang terjalin dalam keluarga ini. Ianya lebih kepada melucukan berbanding memalukan.

Setuju atau tidak? Apa kata anda kongsikan video menghiburkan ini kepada rakan-rakan dan ahli keluarga anda?

Mungkin anda boleh menggunakan idea ini untuk mengenakan keluarga anda pula? Haha!

Sumber: Viral Nova

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...