INSPIRASI, KESIHATAN, Pendidikan

Bolehkah anda menaiki penerbangan semasa hamil? Lihat beberapa panduan khusus dari syarikat penerbangan ini

Bolehkah anda menaiki penerbangan semasa hamil? Lihat beberapa panduan khusus dari syarikat penerbangan ini

Jika anda sedang hamil, bolehkah anda menaiki kapal terbang? Persoalan ini seringkali bermain di ruang fikiran para ibu yang sedang mengandung. Malahan, majoriti syarikat penerbangan akan meminta surat kebenaran daripada doktor sekiranya kandungan telah mencecah tempoh tertentu.

Kredit: profhariz.com

Justeru, Imran Idris yang juga seorang netizen telah kongsikan beberapa penetapan peraturan oleh syarikat penerbangan di Malaysia khusus untuk ibu-ibu mengandung.

Ikuti perkongsian tersebut:

Bolehkah naik flight jika saya hamil?

Baca peraturan dari syarikat penerbangan di Malaysia.

Untuk perjalanan ke Turki dan Greece yang lalu, saya dan isteri perlu menaiki lima syarikat penerbangan yang berbeza iaitu Air Asia ( PEN – KUL ), Qatar Airways ( KUL – Doha – Sabiha Gokcen, Turkey), Pegasus Airline ( Sabiha Gokcen – Denizli) , Aegean Airline ( Izmir – Athens) & Ryan Air ( Santorini – Athens). Perjalanan pulang pula saya menaiki Aegean Airline ( Athens – Istanbul ), Qatar Airways ( Sabiha Gokcen – Doha – KUL) & Air Asia ( KUL –PEN)

Ketika penerbangan kali ini, kandungan isteri sudah memasuki 28 minggu. Jadi kebanyakan syarikat penerbangan memerlukan sijil atau surat doktor.

Surat doktor itu mesti menyatakan tarikh jangka bersalin (EDD) dan mengesahkan bahawa si ibu tiada komplikasi dalam kehamilan dan sihat untuk mengikuti penerbangan.

Sila buat semakan dengan syarikat penerbangan terlebih dahulu kerana mungkin ada polisi yang berbeza antara sesebuah syarikat penerbangan walaupun secara amnya ia lebih kurang sama sahaja iaitu memerlukan surat doktor dan minggu ke-36 adalah minggu terakhir dibenarkan untuk menaiki pesawat.

Di sini saya kongsikan beberapa terma dan syarat untuk kehamilan tanpa komplikasi sahaja bagi syarikat penerbangan yang kami gunakan semasa perjalanan ke Turki dan Greece serta lain-lain syarikat penerbangan utama yang berlepas dari Malaysia.

AIRASIA

  • Minggu ke-27 : Wajib tandatangan Surat Liabiliti Terhad (Limited Liability Statement) semasa mendaftar masuk.
  • Minggu ke-28 hingga 34 : Wajib tandatangan Limited Liability Statement semasa mendaftar masuk. Wajib membawa surat doktor dan surat bilangan minggu kehamilan dari doktor.
  • Minggu ke-35 : Tidak dibenarkan menaiki pesawat.

QATAR AIRLINES

  • Minggu ke-28 : Disyorkan untuk ada surat doktor. Tak perlu isi borang (MEDIF).
  • Minggu ke-29 hingga 32 : Wajib ada surat doktor. Tak perlu isi borang (MEDIF).
  • Minggu ke-33 hingga 35 : Wajib ada surat doktor. Wajib isi borang (MEDIF).
  • Minggu ke-36 : Tidak dibenarkan menaiki pesawat.

* Medical Information Form (MEDIF) boleh dimuat turun dari laman sesawang.

Kredit:  www.thepeninsulaqatar.com

AEGEAN AIRLINE

  • Minggu ke-36 : Hingga minggu ini tak perlu surat doktor. Perlu isi borang (MEDIF).
  • Minggu ke-37 : Tidak dibenarkan menaiki pesawat.

Syor Khas : Jika sudah memasuki minggu ke-28, anda disyorkan untuk membawa catatan perubatan oleh doktor Ginekologi yang menyatakan bahawa kandungan tiada komplikasi suapaya tiada halangan untuk terbang.

PEGASUS AIRLINE

  • Minggu ke-36 : Hingga minggu ini tak perlu surat doktor. Tetapi anda disyorkan bawa bersama maklumat kehamilan.
  • Minggu ke-37 : TAK DIBENARKAN MENAIKI PESAWAT.

 RYANAIR

  • Minggu ke-28 : Wajib isi borang ‘Fit To Fly’ atau MEDIF yang perlu di isi oleh doktor.
  • Minggu ke-37 : Tidak dibenarkan menaiki pesawat.

Kredit: money-tourism.gr

MALAYSIA AIRLINES

Sekiranya anda melakukan perja;anan ketika hamil, anda wajib membawa surat daripada doktor.

  • Minggu ke-36 : Tidak dibenarkan menaiki pesawat.

 FIREFLY

  • Minggu ke-36 dan ke bawah : Anda dikehendaki mengisytiharkan kehamilan dan melengkapkan serta menandatangani Borang Keluaran dan Indemniti.
  • Minggu ke-37 ke atas : Tidak dibenarkan menaiki pesawat.

 MALINDO

  • Minggu ke-27 : Penumpang dikehendaki menandatangani Borang Pelepasan dan Indemniti.
  • Minggu ke-28 hingga 35 : Penumpang dikehendaki menandatangani Borang Pelepasan dan Indemniti untuk dibenarkan pengangkutan dan wajib ada surat doktor.
  • Minggu ke-35 ke atas : Tidak dibenarkan menaiki pesawat.

Kredit: economytraveller.com

 ETIHAD

  • Minggu ke-28 : Dibenarkan untuk menaiki pesawat.
  • Minggu ke-29 hingga 36 : Wajib ada surat doktor.
  • Minggu ke-37 : Tidak dibenarkan menaiki pesawat.

 EMIRATES

  • Minggu ke-29 hingga 36 : Wajib ada surat doktor. Boleh muat turun sijil piawaian perubatan daripada laman sesawang Emirates.
  • Minggu ke-37 : Tidak dibenarkan menaiki pesawat.

 KLM (Koninklijke Luchtvaart Maatschappij)

  • Minggu ke-36 : Tidak dibenarkan menaiki pesawat dan tidak digalakkan terbang semasa minggu pertama selepas bersalin.

CATHAY PACIFIC

  • Minggu ke-28 : Dibenarkan untuk menaiki pesawat dan wajib ada surat doktor.
  • Minggu ke-37 : Tidak dibenarkan menaiki pesawat.

Kredit: tripadvisor.com

SINGAPORE AIRLINES

  • Minggu ke-28 dan ke bawah : Tiada dokumen diperlukan. Walau bagaimanapun, sijil perubatan mesti dikemukakan untuk penerbangan pulang jika ia dijadualkan melebihi minggu ke-28 kehamilan anda.
  • Minggu ke-29 hingga 36 : Wajib ada surat doktor.
  • Minggu ke-37 : Tidak dibenarkan menaiki pesawat.

 JETSTAR

  • Minggu ke-28 dan ke atas : Dibenarkan untuk menaiki pesawat dan wajib ada surat doktor.
  • Minggu ke-36 : Boleh menaiki penerbangan yang melebihi 4 jam.
  • Minggu ke-40 : Boleh menaiki penerbangan yang kurang dari 4 jam.

BRITISH AIRWAYS

  • Minggu ke-28 dan ke atas : Dibenarkan untuk menaiki pesawat dan wajib ada surat doktor.
  • Minggu ke-36 : Tidak dibenarkan menaiki pesawat.

TURKISH AIRLINES

  • Minggu ke-28 hingga35 : Wajib ada surat doktor.
  • Minggu ke-36 : Tidak dibenarkan menaiki pesawat.

Kredit: demerarawaves.com

VIETNAM AIRLINES

  • Minggu ke-32 : Sehingga minggu ini dibenarkan untuk menaiki pesawat.
  • Minggu ke-32 hingga 36 : Perlu isi borang (MEDIF).
  • Minggu ke-37 : Tidak dibenarkan menaiki pesawat.

OMAN AIR

  • Minggu ke-28 hingga 36 : Dibenarkan untuk menaiki pesawat dan wajib isi borang ‘Fit To Travel’ yang perlu diisi oleh doktor. Boleh muat turun borang dari laman sesawang.
  • Minggu ke-37 : Tidak dibenarkan menaiki pesawat.

SAUDI AIRLINES

  • Minggu ke-32 dan ke bawah : Dibenarkan menaiki pesawat dan hingga minggu ini tak perlu surat doktor.
  • Minggu ke-32 ke atas : Wajib ada surat doktor dan perlu isi borang (MEDIF). 
  • Minggu ke-36 : Tidak dibenarkan menaiki pesawat.

ROYAL BRUNEI

  • Minggu ke-28 dan ke bawah : Dibenarkan menaiki pesawat dan hingga minggu ini tak perlu surat doktor.
  • Minggu ke-28 hingga 36 : Wajib ada surat doktor.
  • Minggu ke-37 : Tidak dibenarkan menaiki pesawat.

Kredit: www.pinterest.com

ROYAL JORDAN

  • Minggu ke-30 : Dibenarkan untuk menaiki pesawat dan wajib ada surat doktor.
  • Minggu ke-34 dan ke atas : Tidak dibenarkan menaiki pesawat.

Jadi, itulah dia beberapa syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh syarikat penerbangan kepada wanita hamil. Bagi mengelakkan masalah dan sebarang kesulitan, ikutilah peraturan yang telah ditetapkan demi kesihatan diri dan juga bayi anda.

PENAFIAN : Semua maklumat di atas adalah berdasarkan pembacaan serta pemahaman dari laman sesawang syarikat penerbangan tersebut. Sebarang perubahan adalah tertakluk kepada syarikat penerbangan berkenaan. Pastikan anda menyemak dahulu sebelum membuat tempahan penerbangan.

Sumber: Imran Idris

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...