KESIHATAN

Perhatikan kucing atau anjing anda, jika mereka alami 10 tanda ini, bermakna sudah tiba masanya untuk anda membawa mereka berjumpa doktor haiwan!

Perhatikan kucing atau anjing anda, jika mereka alami 10 tanda ini, bermakna sudah tiba masanya untuk anda membawa mereka berjumpa doktor haiwan!

Jika anda menganggap haiwan peliharaan anda sebagai ahli keluarga, anda pasti bersetuju jika dikatakan kesihatan dan kesejahteraan mereka juga adalah suatu keutamaan.

Walaupun anda telah melakukan pelbagai cara untuk memastikan haiwan peliharaan anda dalam keadaan sihat dan baik, mereka tetap tidak boleh memberitahu anda jika mereka sedang dalam keadaan sakit. Justeru itu, anda perlu tahu akan perubahan yang berlaku pada haiwan kesayangan anda kerana terdapat gejala yang ditunjukkan mereka memberitahu anda sesuatu tentang tahap kesihatan mereka.

Jangan buang masa, bawa mereka bertemu doktor haiwan dengan segera jika anda mendapati 10 simptom ini terjadi kepada mereka!

1. Sekiranya kucing atau anjing anda mula mengalami kemalangan di rumah dan minum lebih banyak air daripada biasa, itu mungkin menjadi petanda bahawa mereka mungkin menghidap penyakit kencing manis, hati, ginjal atau penyakit kelenjar adrenal.

Selain itu, jika mereka kencing tidak sekerap biasa, mereka mungkin menghadapi masalah saluran kencing atau batu pada pundi kencing.

Kredit: Flickr / F. D. Richards

2. Kadang-kadang muntah, terutamanya oleh kucing adalah sesuatu yang biasa. Walau bagaimanapun, jika haiwan kesayangan anda muntah atau mengalami cirit-birit berulang kali dalam masa sehari, berasa lesu dan tidak mempunyai selera makan, sudah tiba masanya untuk anda membawa mereka berjumpa doktor haiwan.

Gejala-gejala ini boleh memberi isyarat bahawa mereka mungkin menghidap penyakit gastrointestinal atau jangkitan parasit yang termasuk hookworms, roundworms, whipworms, atau giardia. Darah dalam najis atau muntah mereka juga boleh menunjukkan terdapatnya objek asing di dalam perut mereka.

Kredit: Flickr / Jannis

3. Haiwan peliharaan juga mengalami kekejangan, kepincangan atau kesukaran untuk bergerak berikutan penyakit arthritis pinggul atau masalah tulang belakang, masalah cakera, ligamen pecah, atau displasia pinggul. Kesemua penyakit itu adalah serius dan memerlukan rawatan daripada doktor haiwan.

Kredit: Flickr / Mariela M.

4. Kekurangan selera makan yang berterusan boleh menunjukkan anda bahawa haiwan kesayangan anda sedang demam, sakit atau tertekan, jadi penting untuk anda bawa mereka bertemu doktor haiwan jika gejala-gejala itu berlaku lebih daripada 24 jam.

Ini amat penting bagi kucing kerana mereka boleh membuatkan hati berlemak, dan penyakit ini sememangnya boleh membawa maut. Kekurangan tenaga mereka juga boleh menjadi tanda kepada masalah utama seperti penyakit jantung.

5. Menurut Dr. Karen Becker, “Jika kawasan putih mata anjing bertukar merah, itu adalah tanda keradangan atau jangkitan yang menandakan salah satu daripada beberapa penyakit. Sesetengah masalah pada mata sebenarnya boleh menyebabkan buta, jadi jika ada apa-apa perubahan yang ketara pada mata anjing anda, dia perlu dirawat.

Kredit: organic-pet-digest

6. Bulu yang gugur atau kulit dan telinga gatal boleh berpunca daripada kutu, hama kotoran dan hama telinga  yang boleh membawa kepada masalah endokrin, jangkitan staph, jangkitan kulat atau yis. Bawa haiwan anda bertemu doktor untuk mendapatkan nasihat dan rawatan yang sewajarnya.

Kredit: Flickr / Sandy Schultz

7. Batuk berterusan bukanlah sesuatu yang normal. Ia boleh menjadi gejala kepada penyakit jantung, cacing pada jantung, bronkitis, radang paru-paru, penyakit paru-paru dan batuk kennel.

8. Anjing yang mempunyai perut yang bermasalah hendaklah mendapat rawatan daripada veterinar dengan segera. Mereka kemungkinan mengalami pendarahan dalaman atau kembung. Nyawa anjing boleh terancam jika perutnya dipenuhi dengan gas, makanan atau cecair.

9. Pengurangan berat badan boleh disebabkan oleh gangguan metabolik, penyakit neuromuskular, kanser dan penyakit jantung. Jika haiwan kesayangan anda kehilangan lebih daripada 10 peratus berat badan mereka, bawa mereka berjumpa doktor haiwan.

Kredit: Flickr / Jim Ratliff

10. Kegelisahan boleh menjadi tanda bahawa haiwan kesayangan anda merasakan ada sesuatu yang tidak kena. Sekiranya anjing atau kucing anda menggigil, kelihatan cemas atau merengek, segera bawa mereka ke doktor haiwan.

Kredit: Flickr / 2Tales

Sumber: Little Things dan WebMD

Kategori:KESIHATAN

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...