NASIONAL

Pampasan tidak akan dibayar kepada pemandu yang terlibat dalam kemalangan dengan polis walaupun punca kemalangan adalah polis

Pampasan tidak akan dibayar kepada pemandu yang terlibat dalam kemalangan dengan polis walaupun punca kemalangan adalah polis
Pampasan tidak akan diberi jika kemalangan terlibat dengan kenderaan polis walaupun punca kemalangan adalah polis. (Foto kredit: merdeka-online)

KUALA LUMPUR – Menerima pampasan jika anda terlibat dalam kemalangan dengan kenderaan polis adalah satu perkara yang mustahil walaupun punca kemalangan berkenaan adalah daripada pihak polis itu sendiri.

Hal ini demikian kerana kenderaan polis adalah tidak dilindungi insurans dan pihak ketiga diharuskan menulis kepada penasihat undang-undang dalam pasukan polis bagi membolehkan perkara berkenaan disiasat.

Datuk Seri Zahid Hamidi yang juga Timbalan Perdana Menteri menyatakan bahawa terdapat sekitar 22,000 kenderaan milik pasukan polis Malaysia dan kesemuanya tidak mendapat perlindungan daripada insurans.

Kredit: merdeka-online.com

Menurut beliau, “Polis tidak akan membayar pampasan atau kos pembaikan kenderaan kepada pihak ketiga jika mereka terlibat dalam kemalangan jalan raya”.

“Walau bagaimanapun, tuntutan boleh dibuat kepada kerajaan untuk kos atau pampasan yang berkaitan”.

YAB Timbalan Perdana Menteri turut menjelaskan isu ini adalah berdasarkan kepada prosedur di dalam Pekeliling Perbendaharaan WP 4.2 mengenai kemalangan yang melibatkan kenderaan milik kerajaan.

Tambah Zahid lagi, “Setiap kemalangan yang melibatkan kenderaan kerajaan akan dirujuk kepada seorang penasihat undang-undang untuk mengkaji kemungkinan kerajaan membayar kerugian yang ditanggung oleh kemalangan itu”.

Kredit: The Sun Daily

Ekoran itu, penasihat undang-undang akan mengambil tindakan yang wajar bagi menyelesaikan tuntutan yang dibuat atau membuat pengaturan pembayaran kepada pihak ketiga.

Walau bagaimanapun, sekiranya pihak ketiga yang bersalah dalam kemalangan tersebut, pampasan akan dikumpulkan melalui peguam negara dan wang berkenaan akan dikreditkan sebagai hasil kerajaan.

Berdasarkan kepada pekeliling tersebut, sekiranya kenderaan kerajaan terlibat dalam sesebuah kemalangan, pemandu perlu membuat laporan polis dalam tempoh 24 jam sebelum membuat laporan bertulis secara terperinci kepada ketua jabatan.

Namun begitu, peraturan ini tidak diaplikasikan kepada pemandu yang dilantik secara peribadi oleh pegawai kerajaan.

Era Baru

Kategori:NASIONAL

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...