GAYA HIDUP, Kerjaya

Komik lucu tentang kehidupan sebenar pekerja baharu dengan pekerja lama. Anda juga salah seorang yang mengalaminya

Komik lucu tentang kehidupan sebenar pekerja baharu dengan pekerja lama. Anda juga salah seorang yang mengalaminya

Untuk mengekalkan motivasi dan keghairahan dalam melakukan sesuatu tugasan pada masa yang lama adalah satu perkara yang sukar. Masihkah anda ingat bagaimana bersungguh-sungguhnya anda masa hari pertama bekerja? Lihat pula cara anda bekerja pada waktu ini. Sama sahaja atau sudah semakin jemu?

Ya, pada hari pertama bekerja, kita menjadi sangat bersemangat dan ceria. Namun setelah beberapa lama, anda akan menjadi ‘terlalu biasa’ dengan pekerjaan anda sekali gus menurunkan tahap motivasi.

Dalam lukisan komik di bawah, anda akan didedahkan dengan situasi yang biasa terjadi kepada pekerja yang baru mula bekerja dengan pekerja lama. Jika anda mengalami salah satu daripada situasi di bawah, jangan lupa untuk kongsikannya bersama rakan-rakan lain.

#1 Pada hari pertama, anda akan melakukan segala perkara bagi memberikan pandangan terbaik terhadap majikan. Namun selepas itu, anda mula tidak menyukai majikan anda dan menyumpahnya di dalam hati

#2 Hari pertama : Saya harap saya tidak lambat (sambil menunggu di pejabat).

   Hari keseratus satu : Saya harap saya tidak lambat (sambil beratur menunggu giliran di restoran).

#3 Pada hari pertama, anda akan takut-takut untuk melakukan sesuatu kerana bimbang akan melanggar peraturan syarikat. Namun setelah beberapa lama, anda pula yang beria-ia mengajak rakan sekerja ponteng kerja.

#4 Jika diberikan tugasan oleh majikan, anda menjadi bersemangat dan akan melakukan yang terbaik. Namun apabila motivasi semakin berkurangan, anda akan mengelak daripada menerima tugasan tersebut

#5 Hari pertama, anda akan mencatit segala perkara yang diperkatakan oleh majikan termasuk perkara yang kecil. Beberapa lama kemudian, anda hanyut entah ke mana. Haha!

Sumber: COCO

Kategori:GAYA HIDUP Kerjaya

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...