KESIHATAN

9 batuan dan mineral bertoksik tinggi yang paling berbahaya di dunia dan wajib anda jauhi

9 batuan dan mineral bertoksik tinggi yang paling berbahaya di dunia dan wajib anda jauhi

Bumi kita sememangnya kaya dengan pelbagai khazanah dan batuan serta mineral merupakan salah satu khazanah yang ada di muka Bumi ini.

Sesetengah batuan dan mineral adalah bermanfaat untuk kegunaan manusia tetapi terdapat juga sebahagian daripanya yang beracun dan boleh membawa maut walaupun secara fizikalnya, ia kelihatan sangat cantik dan unik.

Berikut adalah 9 batuan dan mineral yang paling berbahaya di dunia dan wajib anda jauhi.

#9 Chalcanthite

Mineral yang indah ini terdiri daripada tembaga, sulfur, air dan elemen lain. Ianya bagus untuk tubuh manusia tetapi sekiranya berlebihan, ia boleh bertukar menjadi mudarat.

Apabila tembaga ini terlarut di dalam air dan tersebar ke dalam kuantiti yang banyak, air tersebut akan menjadi tercemar. Jika manusia terminum air yang tercemar dengan bahan ini, kesihatan manusia akan tergugat. Hal ini demikian kerana air yang tercemar dengan bahan tersebut boleh membunuh tumbuhan dan juga haiwan, bagaimana pula kesannya kepada manusia?

#8 Stibnite

Stibnite adalah campuran antimoni sulfida yang kelihatan seperti logam perak (silver). Kandungan mineral ini boleh membunuh manusia sekiranya tercampur di dalam makanan.

Beribu tahun dahulu, pes Stibnite digunakan dalam bidang kosmetik untuk menghitamkan bulu mata dan kening.

Kualiti Stibnite yang terbaik boleh didapati di kawasan perlombongan di Osaka, Jepun. Ianya berwarna kelabu dan mempunyai bentuk tajam seperti kristal. Bagi mengelakkan keracunan daripada mineral ini, anda digalakkan untuk membasuh tangan sebersih mungkin sebelum memegang makanan.

#7 Asbestos

Asbestos merupakan salah satu mineral yang seringkali kita dengar berbanding mineral yang lain. Mineral ini turut digunakan secara meluas oleh manusia sejagat.

Akan tetapi, jika kita terlalu banyak menyedut asbestos, kesihatan kita akan terancam dan boleh mengakibatkan kanser. Justeru, penggunaan asbestos telah diharamkan oleh beberapa negara di dunia dan digantikan dengan kaca gentian.

#6 Arsenopyrite 

Mineral ini adalah sebatian logam arsenik yang sangat jarang dijumpai dan seringkali terhasil daripada perlombongan emas. Arsenik adalah sangat berbahaya kepada kesihatan manusia.

Kebanyakan manusia yang terminum air yang tercemar dengan bahan ini akan mengalami simptom seperti muntah, masalah pencernaan, cirit-birit, sentiasa dahaga, kejang perut dan boleh meragut nyawa.

#5 Cinnabar

Cinnabar atau sulfida merkuri merupakan salah satu mineral paling beracun. Tafsiran kepada nama Cinnabar membawa maksud ‘Darah Naga’ boleh merembeskan merkuri sekiranya dipanaskan sekali gus mengakibatkan maut.

Di China, mineral ini seringkali digunakan sebagai perhiasan makanan dan juga diukir menjadi ukiran hiasan. Lebih mengejutkan lagi, Cinnabar turut digunakan dalam perubatan tradisional untuk merawat penyakit tertentu.

#4 Galena

Jika dilihat sekilas pandang, mineral yang berwarna kelabu kebiruan ini sangat indah sekali. Namun ianya hanya indah pada luaran tetapi berbahaya kepada kita semua.

Seseorang yang menyedut udara daripada partikel debu Galena berpotensi untuk mengalami risiko keracunan yang membawa maut. Namun, jika tiada partikel debu, Galena adalah selamat untuk dipegang.

#3 Hutchinsonite

Huchinsonite merupakan mineral sulfosalt yang terbentuk daripada campuran thallium, arsenik dan plumbum serta boleh didapati di lubang hidrotermal. Ianya sangat berbahaya dan boleh menyebabkan keguguran rambut, penyakit kulit yang teruk dan kematian.

Garam thallium mempunyai kandungan toksik tinggi yang digunakan dalam racun tikus dan racun serangga.

#2 Orpiment

Kita tahu arsenik sememangnya berbahaya. Namun apa yang lebih berbahaya berbanding arsenik adalah campuran arsenik bersama sulfur!

Orpiment pernah digunakan secara meluas dalam perubatan China serta menjadi elemen penting semasa empayar Rom, digunakan sebagai racun pada anak panah untuk membunuh musuh.

Orpiment boleh ditemui di kolam air panas, fumarole (sekitar kawasan gunung berapi) dan lubang hidrotermal

#1 Torbernite

Kandungan bahan daripada mineral ini mengandungi bahan yang bertoksik tinggi termasuk uranium, fosforus dan tembaga.

Semakin gelap warna hijau pada mineral ini, semakin tinggi kadar bahan uranium yang terkandung di dalamnya. Mineral ini boleh ditemui dalam batuan granit dan boleh mengakibatkan kanser paru-paru sekiranya terdedah pada jangka masa yang lama.

Sumber: Forbes

Kategori:KESIHATAN

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...