Berita Hiburan, HIBURAN

Perkahwinan yang ditunggu sepanjang dekad! Foto pasangan selebriti popular Song Hye Kyo dan Song Joong Ki yang cantik dan mempesonakan

Perkahwinan yang ditunggu sepanjang dekad! Foto pasangan selebriti popular Song Hye Kyo dan Song Joong Ki yang cantik dan mempesonakan

Pasangan selebriti popular dari Korea Selatan, Song Hye Kyo dan Song Joong Ki telah selamat melangsungkan perkahwinan yang gemilang dan dinantikan oleh peminat di seluruh dunia. Seluruh dunia sememangnya menantikan detik hari bahagia dan bersejarah pasangan popular ini.

Pasangan selebriti ini telah melangsungkan perkahwinan pada 31 Oktober 2017 di Hotel Silla di Seoul, Korea Selatan dalam upacara gilang-gemilang dengan dihadiri kaum keluarga dan rakan artis terkenal Korea Selatan. Agensi mereka telah menyiarkan satu kenyataan rasmi dengan memaparkan foto-foto perkahwinan pasangan ini yang sama cantik dan mempesonakan.

Jemputan perkahwinan dihadiri oleh ramai rakan artis dan selebriti ternama termasuk Lee Kwang Soo, Yoo Ah In, Park Bo Gum, Kim Ji Won, Yoo Jae Suk, Ji Suk Jin, Kim Jong Kook, Haha, Park Hyung Sik, Cha Tae Hyun, So Ji Sub, Park Bo Young dan ramai selebriti popular yang lain.

Dalam majlis tersebut, Lee Kwang Soo dan Yoo Ah In  telah membacakan surat ucapan upacara perkahwinan. Park Bo Gum memainkan piano manakala penyanyi Ock Joo Hyun telah menyanyikan lagu perkahwinan untuk pasangan ini. Rakan karib Song Joong Ki sejak kecil telah menjadi pengacara majlis dalam upacara perkahwinan tersebut.

Wakil dari agensi pasangan ini telah memberi satu kenyataan rasmi, “Kami ingin mengucapkan rasa terima kasih kepada semua yang memberikan sokongan, kasih sayang dan perhatian kepada perkahwinan pasangan Song Joong Ki dan Song Hye Kyo. Berkat doa dari semua, upacara perkahwinan ini berjalan lancar. Sebagai balasan, mereka berjanji untuk hidup dengan bahagia di masa akan datang. Sila terus memberikan sokongan yang berterusan kepada pasangan ini dan masa depan mereka.

Song Hye Kyo dan Song Joong Ki bertemu dan menjadi rapat selepas membintangi drama popular KBS ‘Descendants of the Sun’. Mereka mengejutkan dunia hiburan dengan mengumunkan pertunangan pada bulan Julai yang lalu. Pasangan ini dilaporkan dalam perjalanan berbulan madu di Eropah dan dijangka akan menginap di kejiranan mewah Iteawon di Seoul.

Kredit foto: soompi.com

Era Baru

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...