SAINS & TEKNOLOGI

Pemuda ini menangkap ratu semut dan memelihara di dalam tabung uji. Sampai masa ratu ini memberinya sebuah kerajaan!

Pemuda ini menangkap ratu semut dan memelihara di dalam tabung uji. Sampai masa ratu ini memberinya sebuah kerajaan!

Kepada sesiapa yang tidak mengetahui keupayaan seekor ratu semut untuk membiak, mari lihat ujikaji ini. Dengan makanan yang mencukupi dan ruang yang sesuai untuk ratu semut ini membiak, satu koloni semut dapat dibiakkan dengan hanya melalui satu ekor ratu semut ini.

Dalam satu koloni semut terdapat satu ekor ratu semut.

Ratu semut adalah ibu dan ketua kepada koloni semut ini, jadi ia tidak boleh menonjolkan diri kepada pemangsa yang lain.

Tugas ratu semut ialah bertelur dengan banyak dan membiakkan semut-semut sebanyak yang mungkin.

Tetapi pernahkah anda melihat ratu semut bertelur?

Netizen ini amat bertuah kerana telah berjaya menangkap seekor ratu semut yang telah berkeliaran berdekatan kolam renang rumahnya dan memeliharanya di dalam tabung uji. Selepas memerhatikan ratu semut itu buat beberapa waktu, ratu semut ini telah mula membuat satu koloni semut.

Kredit : boMb01.com

Pemuda ini membawa ratu semut ke dalam rumah dan meletakkan ia di dalam tabung uji bersama sedikit air

Kredit : boMb01.com

Selepas beberapa ketika ia mula menetaskan telur

Kredit : boMb01.com

Dengan perlahan telur itu menjadi larva dan pupa

Kredit : boMb01.com

Adakah anda nampak semut-semut itu? Ia masih kecil dan sangat halus. Akhirnya semut kecil muncul!

Kredit : boMb01.com

Ratu semut terus bertelur dengan banyak dan dengan perlahan semut-semut memerlukan ruang yang lebih besar

Kredit : boMb01.com

Semut-semut kecil membantu ratu semut mengalihkan telur yang baru ditetaskan

Kredit : boMb01.com

Dan semut ini telah membiak sedikit demi sedikit sehingga menjadi banyak

Kredit : boMb01.com

Kini seluruh tabung uji itu telah dipenuhi oleh koloni semut

Kredit : boMb01.com

Selepas beberapa ketika tabung uji itu tidak dapat menampung jumlah semut yang banyak. Sebuah rumah baru diperlukan untuk semut ini membiak dengan lebih banyak.

Kredit : boMb01.com

Kini sebuah koloni kecil sedang dibina

Kredit : boMb01.com

Dan kesemua semut ini rajin bekerja dan mengetahui tugas masing-masing

Kredit : boMb01.com

Koloni semut ini berkembang dengan begitu cepat dan mereka memerlukan rumah yang lebih besar

Kredit : boMb01.com

Tidakkah kerajaan semut ini begitu hebat!

Seekor ratu semut mempunyai jangka hayat sehingga 20 tahun. Tetapi ia memerlukan bantuan ribuan dan jutaan pekerja semutnya untuk hidup ke tahap itu.

Tidak dapat dibayangkan sekiranya ratu semut ini hidup selama 20 tahun, berapa besar koloni dan kerajaan semut ini dapat dibina?

Kuasa Tuhan dan alam semulajadi yang amat hebat. Mari berkongsi dengan yang lain untuk menimba pengetahuan bagaimana satu kerajaan semut dapat dibina oleh seekor ratu semut.

Era Baru

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...