INSPIRASI, Misteri & Fenomena, VIDEO

Berpantang maut sebelum ajal! Kanak-kanak lelaki dirakam hampir disambar petir ketika berhujan di luar rumah, hati-hati semua!

Berpantang maut sebelum ajal! Kanak-kanak lelaki dirakam hampir disambar petir ketika berhujan di luar rumah, hati-hati semua!

Ada yang mengatakan kilat tidak akan ‘menyerang’ tempat yang sama dua kali, jadi mudah-mudahan kanak-kanak lelaki ini tidak akan mengalamai pengalaman yang sama kelak. Diharapkan kanak-kanak ini juga akan lebih berhati-hati dan mengambil pengajaran setelah yang berlaku kepadanya.

Seperti dalam video di bawah, seorang kanak-kanak lelaki telah dirakam sedang berhujan di bawah payung ketika berada di luar rumahnya di Argentina. Mungkin kerana melihat air hujan yang begitu laju turun melalui laluan air dari atas bumbung rumahnya telah membuatkannya begitu teruja untuk bermain hujan. Dia kemudian, dengan payungnya menuju ke arah halaman rumahnya, mungkin mahu menikmati air hujan yang turun dengan lebih menyeronokkan.

Di situ lah semuanya berlaku.

Selepas beberapa langkah dia dikejutkan dengan petir yang menyambar secara tiba-tiba.

Nasibnya baik kerana dia tidak terkena sambaran petir itu, tetapi lokasi kejadian hanya beberapa meter daripadanya, sangat dekat!

Benar lah kata orang, berpantang maut sebelum ajal. Dia masih terselamat dan kejadian itu pasti akan menjadi sebuah pengalaman dan pengajaran yang sangat berguna buatnya!

Era Baru

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...