Misteri & Fenomena, Pesona, Ria

Ketakutan yang anda alami selama ini mungkin akan terbongkar melalui lukisan di luar realiti ini

Ketakutan yang anda alami selama ini mungkin akan terbongkar melalui lukisan di luar realiti ini

Ketakutan adalah perasaan bimbang, gerun, tidak berani menghadapi sesuatu yang pada perasaannya perkara itu akan membahayakan dirinya dan lain-lain.

Apabila berhadapan dengan ketakutan, ia tidak mengira tempat, waktu, bentuk atau apa cara sekalipun dan menyebabkan anda terperangkap dalam keadaan itu. Sesetengah orang menyedari ketakutan yang mereka hadapi pada usia awal, sementara yang lain pula lewat menyedari rasa takut pada sesuatu.

Namun, persamaannya ialah semua ketakutan itu berpunca daripada pengalaman masa lalu. Banyak kajian telah dilakukan dalam percubaan untuk memahami ketakutan dan peranannya dalam psikologi.

Beberapa ujian telah direka untuk mengenal pasti ketakutan dan mengesan asal-usulnya. Sebagai contoh ujian psikologi melalui lukisan ini yang dipercayai akan mendedahkan mana-mana empat ketakutan bawah sedar umum.

Lihat lukisan di bawah ini.

Adakah terdapat apa-apa yang paling menarik perhatian anda khususnya?

Lukisan itu adalah karya artis surrealist (penganut fahaman surrelisme iaitu  aliran atau gerakan dalam bidang seni dan sastera sekitar tahun 1920-an yang mementingkan atau memberi tempat kepada unsur-unsur bawah sedar manusia iaitu perkara di luar kenyataan atau realiti) iaitu Vladimir Kush, yang dinamakan”Butterfly Apple.”

Dalam lukisan ini terdapat pisau, epal, ulat dan rama-rama. Rupa-rupanya, apa sahaja yang menarik perhatian anda paling banyak mungkin menunjukkan ketakutan bawah sedar yang anda hadapi selama ini.

A. Epal

B. Rama-rama

C. Ulat

D. Pisau

A. Epal: Jika anda dapati gambar yang paling menonjol dalam lukisan ini adalah epal, maka anda mungkin mempunyai ketakutan bawah sedar kehilangan seseorang yang anda cintai.

Ini mungkin datang daripada pengalaman kehilangan orang yang dikasihi sebelum ini dan berkemungkinan anda tidak dapat membayangkan perkara yang sama berlaku sekali lagi.

B. Rama-rama: Jika anda dapati rama-rama adalah gambar pertama yang anda lihat dalam lukisan ini mungkin ia menunjukkan ketakutan dikhianati. Berkemungkinan anda telah dikhianati sebelum ini dan perkara itu berlaku bukan sekali sahaja.

C. Ulat: Jika ulat adalah perkara pertama yang anda perhatikan anda mungkin mempunyai ketakutan bawah sedar terhadap hantu atau aktiviti paranormal.

Ini mungkin berasal dari perkara-perkara yang dilihat dalam filem atau melalui pembacaan buku-buku seram.

D. Pisau: Jika gambar pertama yang anda lihat melalui lukisan ini ialah pisau, ia mungkin mendedahkan ketakutan bawah sedar untuk jatuh sakit.

Mungkin anda takut untuk berhadapan dengan penderitaan menanggung penyakit itu.

Jadi, apakah gambar pertama yang menarik perhatian anda? Dapatkah anda mengaitkan gambar itu dengan ketakutan yang anda hadapi selama ini?

Era Baru

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...