Asia, Automobil, Pesona

Kereta Ferrari pertama di Thailand yang bernilai RM24.2 juta akhirnya tiba untuk dipamerkan!

Kereta Ferrari pertama di Thailand yang bernilai RM24.2 juta akhirnya tiba untuk dipamerkan!

Siapa kata warga Thailand tidak berharta?

Buktinya telah ditunjukkan oleh lelaki ini yang juga peminat kelab Ferrari Thailand.

Dia dikatakan telah menghabiskan sebanyak RM24.2 juta untuk mendapatkan sebuah kereta laju LaFerrari dan menunggu selama setahun untuk kenderaan mewah tersebut dihantar kepadanya.

Di dalam kotak besar ini tersimpan sebuah LaFerrari yang menunggu untuk didedahkan kepada tuannya.

Semua nampaknya tidak mampu bersabar untuk melihat kehebatan kereta laju berkuasa tinggi ini.

Setelah kotak ini dibuka, anda dapat lihat keseksian sebuah kereta LaFerrari berwarna kuning yang pastinya menjadi idaman ramai.

Pemilik kereta ini memeriksa keadaan kenderaan mewahnya dan ianya kelihatan sungguh menakjubkan!

Kemunculan karya unggul ini pastinya akan menjadi kebanggaan Thailand.

Inilah dia LaFerrari, kereta mewah pertama yang akan menyusuri jalan raya di Thailand.

Lihatlah bagaimana kehebatan sisi kereta ini. Sangat mewah, sangat bergaya.

Kereta lumba yang hebat ini sememangnya sesuai dengan nama LaFerrari itu.

Era Baru

Kategori:Asia Automobil Pesona

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...