Eropah, Galeri Foto, Ria, VIDEO

Hebat lagi kreatif! Laluan pejalan kaki zebra secara 3D di bandar ini dapat memperlahankan kenderaan dan menyeronokkan

Hebat lagi kreatif! Laluan pejalan kaki zebra secara 3D di bandar ini dapat memperlahankan kenderaan dan menyeronokkan

Satu perkembangan terbaru dalam memperkenalkan aspek keselamatan jalanraya muncul di sebuah bandar kecil bernama Isafjorour di Iceland. Satu laluan pejalan kaki dilukis dalam bentuk 3 Dimensi (3D) yang memperdaya pandangan dan ilusi mata dengan kebijaksanaan perekanya.

Rekaan yang berinovasi ini bukan sahaja mendapat perhatian pejalan kaki yang berasa seolah berjalan di atas angin, tetapi para pemandu yang akan memperlahankan kenderaan apabila melalui laluan pejalan kaki berbelang zebra ini.

Komisioner alam sekitar Iceland Ralf Trylla menempatkan projek ini di bandar Isafjorour selepas melihat satu projek yang serupa di New Delhi, India. Dengan bantuan syarikat Vegmalun GIH yang melukis jalan tersebut menjadi laluan pejalan kaki zebra secara 3D, visi Ralf akhirnya menjadi realiti.

Lihat foto-foto laluan pejalan kaki zebra 3D yang hebat lagi kreatif di bawah.

Kredit: Gústi Productions

Mungkin laluan pejalan kaki seperti ini terdapat di mana-mana di tempat anda sendiri.

Kredit: Gústi Productions

Kredit: Vegamálun GÍH

Kredit: Linda Björk Pétursdóttir

Kredit: Vegamálun GÍH

Lihat video menarik dibawah.

Era Baru

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...