GLOBAL, Kisah Inspirasi, Pesona, VIDEO

Dilihat mengambil duit daripada pengemis, wanita cantik ini hanya dilepaskan pergi, tetapi lain pula terjadi apabila lelaki melakukan hal yang sama!

Dilihat mengambil duit daripada pengemis, wanita cantik ini hanya dilepaskan pergi, tetapi lain pula terjadi apabila lelaki melakukan hal yang sama!

Sebuah sosial eksperimen telah dijalan di sebuah bandar di New York untuk melihat reaksi orang ramai akan ‘jenayah’ yang berlaku di hadapan mata mereka.

Eksperimen ini bertujuan untuk melihat akan apa yang akan dilakukan oleh orang ramai yang ada di situ, adakah mereka akan menegah perbuatan jahat atau sekadar melihatnya.

Eksperimen yang dilakukan oleh ModelPranksters ini memaparkan watak gelandangan dan seorang wanita cantik. Apa yang menariknya tugas wanita cantik itu adalah untuk berlakon dengan mengambil wang milik gelandangan tersebut sewaktu lelaki itu sedang tidur.

Melihat gadis cantik mengambil wang gelandangan… agak-agaknya apa yang dilakukan oleh mereka yang melihat kejadian itu?

Hasil daripada eksperimen kumpulan ModelPranksters itu mereka mendapati bahawa penampilan luaran sebenarnya boleh memperdaya orang ramai. Mengapa begitu?

Apabila ada seorang gadis cantik mengambil duit daripada gelandangan itu tiada seorang pun yang datang menegur atau memintanya mengembalikan wang tersebut. Selepas satu jam hanya seorang sahaja yang datang kepada wanita itu dan memintanya untuk meletakkan semula wang itu.

Hanya seorang! Mereka yang lain yang melihat perbuatan wanita itu hanya membiarkannya pergi.

Eksperimen kedua dijalankan, masih dengan skrip yang sama tetapi kali ini seorang pemuda menggantikan watak wanita cantik tadi. Melihat seorang pemuda mengambil duit gelandangan di tepi jalan, anda rasa apa yang dilakukan oleh orang ramai yang melihat perbuatan itu?

Berbeza dengan situasi wanita tadi, pemuda ini serta-merta dikejar oleh orang ramai yang melihat akan perbuatannya!

Kumpulan ModelChannelranksters meletakkan kamera tersembunyi untuk mengetahui bagaimana orang ramai akan bertindak balas ketika menyaksikan kejadian jenayah berlaku di ahdapan mata mereka.

Hasil eksperimen menunjukkan bahawa jantina dan daya tarikan “pencuri” merupakan faktor paling penting sama ada mereka akan ditangkap atau tidak.

Adakah anda bersetuju dengan kesimpulan yang dibuat oleh ModelPranksters tentang eksperimen sosial seperti itu?

Tonton eksperimen sosial yang mengejutkan itu di bawah!

Era Baru

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...