GLOBAL, HIBURAN, Pesona, Ria

Akibat jangkitan meningitis kronik dan terlalu keletihan semasa pertunjukan fesyen, model Rusia 14 tahun koma sebelum meninggal dunia di China

Akibat jangkitan meningitis kronik dan terlalu keletihan semasa pertunjukan fesyen, model Rusia 14 tahun koma sebelum meninggal dunia di China

Model Rusia berusia 14 tahun rebah selepas keletihan akibat terlalu kuat bekerja selama selama tiga bulan di China.

Vlada Dzyuba didapati mengalami keletihan dan meningitis kronik berikutan pertunjukan fesyen Asia yang berlangsung selama 13 jam di Shanghai. Remaja itu dikatakan rebah dan koma sebelum dia sepatutnya berjalan ke pentas untuk memperagakan pakaiannya.

Dia dilaporkan tidak sedarkan diri sebelum dia akhirnya dilaporkan telah meninggal dunia dua hari selepas kejadian itu.

Vlada Dzyuba didapati mengalami keletihan dan meningitis kronik berikutan pertunjukan fesyen Asia yang berlangsung selama 13 jam di Shanghai.

Remaja itu dikatakan rebah dan koma sebelum dia sepatutnya berjalan ke pentas untuk memperagakan pakaiannya (gambar semasa pertunjukan fesyen di Shanghai).

Bermacam spekulasi muncul selepas itu.

Ada yang mengatakan bahawa remaja ini sebenarnya adalah ‘buruh hamba’ yang tidak mempunyai insurans perubatan membuatkannya terlalu takut untuk mendapatkan rawatan di hospital. Secara rasmi dia hanya dibenarkan untuk bekerja selama tiga jam seminggu dan dikehendaki untuk mempunyai insurans perubatan.

Kes ini telah menimbulkan kebimbangan terhadap hukuman kepada model-model lain yang tidak megikut waktu kerja seperti yang telah ditetapkan serta hukuman berikutan masalah eksploitasi model ke China.

China dikatakan telah merekrut ramai model Rusia ke negara itu dan aliran model ke China dilaporkan semakin meningkat. Moscow telah meminta penjelasan mengenai keadaan Dzyuba sepanjang dia berada di Shanghai, selepas dia direkrut  ke China.

Dia juga sebelum itu telah dilaporkan hilang dari sekolah dan kampung halamannya di Perm di Urals.

Ada yang mengatakan dia adalah seorang ‘buruh hamba’ yang tidak mempunyai insurans perubatan membuatkannya terlalu takut untuk mendapatkan rawatan di hospital.

Moscow telah meminta penjelasan mengenai keadaan Dzyuba sepanjang dia berada di Shanghai, selepas dia direkrut  ke China.

“Beberapa minit kemudian dia rebah dan tidak sedarkan diri,” lapor The Siberian Times. Sebuah ambulans dipanggil tetapi dia dilaporkan telah meninggal dunia pada hari Jumaat selepas dua hari koma.

“Penyebab kematiannya adalah meningitis yang diperkuatkan lagi dengan keletihan yang teruk.” Menurut ibu kepada gadis ini, Dzyuba pernah menghubungi dalam keadaan menangis dan mengatakan, “mama, saya sangat penat. Saya hanya mahu tidur.”

“Itu sememangnya permulaan kepada penyakitnya. Suhu badannya kemudian naik mendadak.” “Saya tidak tidur dan terus menghubunginya dan menyuruhnya agar dia pergi ke hospital.”

Ibu Dzyuba kemudian terus mendapatkan visa untuk bertemu dengan anak perempuannya tetapi semuanya telah terlambat kerana anaknya telah meninggal dunia.

Remaja itu dikatakan telah direkrut oleh agensi pemodelan di China yang sangat terkenal.

Ketua agensi pemodelan Perm, Elvira Zaitseva, berkata: “Tidak seorang pun yang mengjangka kejadian seperti itu akan berlaku.” Dia mengaku cuai kerana tidak memeriksa kontrak gadis itu dan insurans perubatan yang seharusnya dimiliki gadis itu.

Pengurus Dzyuba di Rusia, Dmitry Smirnov, yang bertanggungjawab atas rundingan kerja gadis itu di China, tidak  mengeluarkan apa-apa kenyataan mengenai kematian Dzyuba.

Ombudsman hak asasi manusia Kremlin di Perm, Pavel Mikov, mengatakan dia sendiri akan melakukan siasatan terhadap kematian gadis itu.

Era Baru

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...