GAYA HIDUP, Idea Gajet, INSPIRASI, Pesona

Rumah banyak semut? Semburan DIY ini sangat mudah dihasilkan dan berkesan untuk menghalau semut di rumah!

Rumah banyak semut? Semburan DIY ini sangat mudah dihasilkan dan berkesan untuk menghalau semut di rumah!

Kehadiran serangga di rumah pasti memeningkan kepala anda.

Mana tidaknya serangga seperti semut dan lalat selalu sahaja merosakkan makanan dan apa yang lebih merisaukan jika anda memiliki anak kecil kerana mereka terdedah dengan serangga yang boleh menggigit mereka. Ada pula yang sanggup melakukan apa sahaja asalkan dapat menghalau semut dari rumah.

Pelbagai petua dilakukan, ratusan ringgit dibelanjakan semata-mata untuk menghalau semut tetapi semua usaha masih tidak berkesan.

Baru-baru ini seorang pengguna Facebook, Yatie Eimra telah berkongsi idea untuk menangani masalah semut di rumah.

“Stres kalau rumah banyak semut ni.. Pantang ada minuman manis/makanan tumpah, kompem berduyun datang. Ada anak kecik tau² la, ada je tumpah makanan die kat memane.”

“Geram betul sebab sampai ke bekas susu anak pn semut hurung. Tu belum lagi part merayap atas badan & menggigit masa si kecik ni tido.”

“Kebetulan rumah memang dekat gak dengan tempat buang sampah. Macam mana jaga pn, semut tetap gak masuk. Kekadang masuk dari rekahan² kecik kat dinding², kekadang ikut tingkap dapur, dari balkoni bagai.”

“Ada yang kata tak boleh bunuh semut. Tapi pernah dengar ceramah ustaz, yg xboleh tu kalau kita sengaja bunuh/gi bakar sarang semut yang takde kena mengena dengan kita.”

“Tapi dibolehkan bunuh semut kalau sampai dah mengganggu manusia (masuk rumah, hurung makanan & menggigit). Camtu jugak kalau semut merosakkan tanam-tanaman sampai buah/hasilnya terjejas.”

“Biasanya kalau kat luar rumah, saya guna racun serangga je. Tapi jarang spray kat dalam rumah sebab ada anak kecik.”

“Guna racun serangga organik untuk spray dalam rumah tapi semut xmati lak. Spray serai wangi pun tak berkesan.”

“Sebelum ni pernah guna beberapa petua halau semut, tapi semuanya mengecewakan. Huhu.. Yela, petua tu dah terang² nak halau je bukan membunuh semut.”

“Memang lah semut tak ikut laluan tu, tapi die buat jalan baru pulak.  Dahtu semut makin banyak.”

Fakta tentang semut yang anda wajib tahu!

  • Semut dapat mengesan bau apa-apa manisan termasuk gula walaupun di tempat yang telah dibersihkan.
  • Semut menghasilkan bahan kimia semasa berjalan supaya dapat pulang semula ke sarang mereka.
  •  Semut sering mencari kawasan baru, kawasan punca makanan. Jika anda tidak menangani mereka ketika itu masalah boleh menjadi lebih serius.
  •  Dalam sebuah sarang semut, kadang-kadang boleh ada lebih daripada satu koloni semut. Kalau guna racun jenis serbuk jangan terkejut jika muncul pula semut spesis lain.
  •  Apa yang penting semut akan bertambah semakin banyak jika tidak dikawal. Semut akan mula mencari sarang baru jika populasi dan ratu-ratu mereka semakin banyak. Ketika ini anda mengalami masalah yang benar-benar kritikal kerana bukan mudah untuk mengahalau mereka di serata rumah.

Jadi untuk menangani masalah semut, semburan DIY boleh digunakan. Semburan tersebut bukan sahaja mudah dibuat malah selamat digunakan walaupun bagi yang memiliki anak kecil.
Cara menghasilkan semburan semut di rumah;

Sediakan bahan-bahan seperti di bawah;
¼ cawan cuka putih
1¼ cawan air paip
1-2 sudu makan sabun pencuci pinggan
Campurkan semua bahan dan masukkan ke dalam botol semburan. Tiada sukatan tetap atau khusus untuk menghasilkan semburan.
Tetapi perlu anda ketahui bahawa cuka yang berlebihan boleh merosakan perabot dan cat di dinding. Semburan yang terlalu cair pula mungkin tidak berkesan dan jika anda terlebih sabun lantai atau kawasan semut akan menjadi licin apabila sudah kering.
Jadi sukatan ideal yang boleh dilakukan ialah: 5 bahagian air. Sabun dalam 25%-30% daripada kuantiti cuka yang digunakan.

Anda juga perlu tahu bahawa sabun mandi mungkin lebih wangi tetapi tidak begitu berkesan untuk menanggalkan kesan minyak.
Kegunaan semburan ini :
1. Sebagai penghalau serangga. Larutan ini bukan sahaja boleh membunuh nyamuk, lalat dan semut tetapi dapat menghilangkan bahan kimia yang dihasilkan semut. Adalah lebih baik jika semburan dilakukan dengan kerap.
2. Membersihkan sisa makanan yang tumpah. Cuka boleh menghilangkan bau ‘manis’ gula, gabungan cuka dan sabun dapat menanggalkan minyak.
3. Boleh juga dijadikan pencuci dapur selepas memasak.
4. Bersihkan kulat/kulapuk pada dinding/perabot.
5. Sembur secara konsisten untuk menghapuskan rumput liar di halaman rumah. Untuk kesan yang lebih cepat, tambah sukatan cuka ½ cawan lagi tetapi jika terlalu pekat boleh membuatkan tanaman mati.
6. Boleh juga digunakan untuk mengemop lantai. Boleh cairkan lagi dengan tambah 5 lagi bahagian air. Boleh tambah pencuci lantai untuk mendapatkan bau yang wangi. Gandakan sukatan untuk kuantiti yang banyak dan air panas juga boleh digunakan untuk mendapatkan kesan yang lebih efektif.

Era Baru

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...