Galeri Foto, GLOBAL, Pesona

Mengembara keliling dunia, memotret wajah wanita bersama cerita mengenai mereka, benarlah bahawa kecantikan itu sesuatu yang subjektif!

Mengembara keliling dunia, memotret wajah wanita bersama cerita mengenai mereka, benarlah bahawa kecantikan itu sesuatu yang subjektif!

Apabila berbicara tentang kecantikan pasti ramai yang memiliki definisi kecantikan masing-masing.

Bagi sesetengah orang cantiknya seorang wanita itu apabila memiliki kulit yang halus dan cerah, ada juga yang mengatakan mereka yang lebih berisi lebih menawan dan ramai juga yang bersetuju apabila dikatakan kecantikan dalaman itu lah kunci sebenar kecantikan.

Seorang jurugambar Romania, Mihaela Noroc telah berjalan, mengembara di sekeliling dunia selama 4 tahun dengan kameranya telah memotretkan wajah wanita-wanita di seluruh dunia bersama cerita-cerita mereka. Projek tersebut dipanggil dengan nama The Atlas of Beauty.

Matlamat utamanya adalah untuk menunjukkan bahawa setiap wanita bersinar dan bercahaya seperti bintang kerana kecantikan adalah seseuatu yang luas, subjektif dan tidak terhad seperti apa yang kita lihat dalam media massa.

Baginya, kecantikan sebenar tidak tertakluk kepada umur, warna atau trend. Anda boleh menemuinya di Afrika atau di Eropah, di kampng atau di bandar, dengan senyuman, dengan pandangan yang menikam, dengan kedutan di wajah atau di dalam cerita.

Anda juga boleh menemui kecantikan dalam setiap hati yang baik. Sekarang Atlas of Beauty menjadi buku yang menakjubkan dengan terdapat lebih daripada 500 potret dan pelbagai cerita menarik di dalamnya.

Dia berharap buku itu akan dimiliki ramai orang supaya dia dapat meyakinkan lebih ramai orang bahawa kepelbagaian (diversity) adalah ‘harta’ dan bukan pencetus kepada konflik dan kebencian. Kita mungkin sangat berbeza tetapi pada masa yang sama kita semua adalah sebahagian daripada keluarga yang sama.

Kredit: The Atlas of Beauty

#1 Cuenca, Ecuador

#2 Belgium/ Poland

#3 Pushkar, India

#4 Reykjavik, Iceland

#5 Berlin, Jerman

#6 Timisoara, Romania

#7 Nampan, Myanmar

#8 Milan, Itali

#9 Omo Valley, Ethiopia

#10 Korolyov, Rusia

#11 Tehran, Iran

#12 Tbilisi, Georgia

#13 Bucharest, Romania

#14 Syria

#15Jodhpur, India

#16 Idomeni, Greece

#17 Ethiopia

#18 Kathmandu, Nepal

#19 Kathmandu, Nepal

#20 Chichicastenango, Guatemala

Era Baru

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...