Automobil, GAYA HIDUP

Mari kenali sikap anda terhadap kerjaya mengikut kereta kegemaran anda!

Mari kenali sikap anda terhadap kerjaya mengikut kereta kegemaran anda!

Setiap orang pasti mempunyai kereta kegemaran yang berbeza. Antara kita, pasti ada yang gemar dengan kereta buatan Eropah, Jepun, Korea dan juga buatan tempatan, Proton.

Kini, pengeluar kereta BMW, Mercedes Benz, Audi, dan Volkswagen merupakan paling laris dalam dunia automotif peringkat global.

Tahukah anda, sikap anda terhadap kerjaya dapat dikenali melalui kereta kegemaran anda?

Marilah mencubanya bersama kali. Pertama sekali, pilih satu pengeluar kereta yang anda minati berdasarkan gambar di bawah.

A) Volkswagen 

Bagi penggemar kereta Volkswagen, anda adalah seorang yang kuat bekerja. Anda sering memberikan komitmen 100% terhadap tugas yang anda lakukan. Selain itu, anda mengutamakan kestabilan dan konsisten berbanding melakukan sesuatu pekerjaan dengan cepat. Anda fokus terhadap pekerjaan dan tidak memandang pangkat sebagai perkara utama.

B) Mercedes Benz 

Kereta buatan Jerman ini merupakan simbol kemewahan dan kekayaan. Seseorang yang memiliki kenderaan ini mempunyai objektif yang jelas dalam kehidupannya. Dia juga seseorang yang akan sentiasa berusaha sehingga berjaya mendapat kejayaan. Bukan itu sahaja, anda juga merupakan seseorang yang mementingkan gaya hidup dan personaliti.

C) BMW 

Jika anda pemilik dan peminat kerete BMW, anda merupakan seorang perfectionist. Anda sering mahukan sesuatu yang sempurna.

D) Audi 

Jika anda memiliki kenderaan Audi pula, anda mempunyai personaliti yang sering pandang ke hadapan. Apa-apa keputusan yang diambil akan dilihat daripada aspek masa depan dahulu. Anda sering kali mempunyai perancangan yang jelas untuk masa depan anda. Oleh sebab itu, anda dianggap seorang yang bertanggungjawab terhadap diri anda supaya terus memajukan diri.

Era Baru

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...