Seorang ibu bernama Courtney N Davis telah berkongsi kisah bagaimana bayi perempuannya telah mengalami kecederaan dengan melecur di mulut apabila telah memasukkan pengecas telefon bimbit yang tidak dimatikan ke dalam mulutnya.

Courtney yang berasal dari Kentucky, Amerika Syarikat telah menghantar imej bayi perempuannya yang melecur di mulut dan memberi amaran kepada ibu bapa lain supaya berhati-hati dan tidak mendedahkan objek yang mempunyai potensi membahayakan kepada anak-anak mereka.

Courtney mendedahkan dalam beberapa saat, bayi perempuannya telah mencapai pengecas telefon bimbit yang masih hidup ke dalam mulutnya dan ini telah menyebabkan bayi itu mengalami renjatan elektrik dan kecederaan melecur yang teruk di hujung bibirnya.

Courtney N Davis dari Kentucky telah berkongsi dan memberi peringatan melalui beberapa imej mulut bayi perempuannya yang melecur setelah mencapai pengecas telefon bimbit yang masih hidup dan memasukkan ke dalam mulutnya.

Kredit: Courtney N Davis

Courtney berkongsi foto anak kecilnya yang telah melecur di mulut di dalam halaman Facebook dan memberi peringatan kepada ibu bapa supaya menjauhkan pengecas telefon bimbit dari anak-anak kecil mereka.

Kredit: Courtney N Davis

Ibu yang prihatin ini memberi peringatan dan ingin berkongsi pengalamannya yang cuai dan tidak mahu perkara yang sama berlaku kepada anak orang lain dengan menghantar satu post di Facebook dengan menulis,

“Pada 28 September 2017, anak kecil saya yang berusia 19 bulan telah mengalami kecederaan dan pengecas telefon bimbit telah melekat di mulutnya. Kami telah membawanya ke hospital dan doktor mengesahkan anak saya mengalami kelecuran renjatan elektrik kesan dari menjilat pengecas telefon bimbit yang tidak dimatikan.”

Beberapa siri foto menunjukkan beberapa hari selepas insiden, mulut anak perempuan Courtney telah membentuk satu lubang di hujung sebelah kiri.

Menurut Courtney, biasanya beliau akan menjauhkan pengecas telefon bimbit dari anak kecilnya itu tetapi oleh kerana pada hari itu tiba-tiba beliau menjadi sibuk, maka beliau telah terlupa mengalihkan dan menutup pengecas telefon bimbit tersebut.

Courtney menambah, sebelum ini anak kecilnya tidak pernah menunjukkan minat untuk bermain dengan pengecas telefon bimbit tersebut.

Sebagai pengajaran, Courtney telah merayu kepada ibu bapa yang lain supaya meletakkan pengecas telefon bimbit di tempat yang selamat dan tidak dapat dicapai oleh anak kecil dan bayi. Beliau berkata, “Ibu bapa, datuk, nenek, pengasuh dan lain-lain, sila letak pengecas telefon bimbit anda di tempat yang tinggi dan tidak boleh dicapai oleh anak-anak kecil dan bayi. Anak perempuan saya masih bertuah dan mungkin anak orang lain tidak bertuah sepertinya.”

Halaman Facebook Courtney berikutan insiden ini telah dikongsi oleh netizen lebih 300,000 kali

Kredit: Courtney N Davis

Pasti menyakitkan. Mulut bayi ini yang melecur teruk sehingga membentuk lubang di tepi mulutnya pasti membuatnya berasa tidak selesa dengan merasa pedih dan sakit. Foto ini diambil empat hari selepas insiden.

Kredit: Courtney N Davis

Kejadian seperti ini bukan pertama kali berlaku dan bayi ini masih dianggap bertuah. Pada tahun 2016, seorang bayi perempuan di Kazakhstan telah meninggal dunia selepas bayi ini telah mengunyah pengecas telefon bimbit yang wayarnya telah terdedah.

Ibunya berada di sebelah bayi ini dan telah tertidur. Apabila terbangun dari tidur, didapati anak perempuannya telah tidak sedarkan diri dan dikejarkan ke hospital. Apabila sampai di hospital, doktor telah mengesahkan yang bayi ini telah meninggal dunia akibat kecederaan melecur teruk terkena renjatan elektrik yang serius di muka dan tangan.

Era Baru

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds