INSPIRASI, Kerjaya, NASIONAL, Pendidikan

Remaja cipta aplikasi ganti buku teks di sekolah. Bijak anak Malaysia!

Remaja cipta aplikasi ganti buku teks di sekolah. Bijak anak Malaysia!

Menakjubkan dan sukar dipercayai!

Seorang remaja daripada Sarawak, Ahmad Zulfadzli Khamidi, 13,  berjaya mencipta sebuah aplikasi telefon pintar bagi menggantikan penggunaan buku teks di sekolah.

Idea ini tercetus  daripada pengalamannya sendiri yang terbeban dengan berat buku teks ketika ke sekolah.

Kemudian, beliau telah diberi tunjuk ajar daripada Malaysian Global Innovation and Creative Centre (MaGIC) di Borneo744, Bintawa.

Memetik laporan daripada Mstar Online, beliau telah lama mempunyai idea ini tetapi tidak tahu kaedah membangunkan aplikasi dan pengekodan.

Beliau juga sering kali mengantuk apabila membaca buku teks yang membosankan.

Lalu, beliau bersama ibunya berkunjung ke Borneo744 dan terkejut apabila mendapati mereka mempunyai program prinsip asas pengekodan secara percuma disana.

Selepas dua minggu latihan, Ahmad Zulfadzli berjaya mencipta ‘buku teks digital’ yang berupaya mengurangkan kebergantungan buku teks.

Aplikasi ini jelas mampu meringkankan beban yang dihadapi oleh para pelajar sekolah serta mampu mengurangkan penggunaan kertas yang memberi kesan terhadap alam sekitar.

Beliau juga ingin membantu para guru supaya tidak perlu lagi menanda setiap latihan dan kes kehilangan buku teks dapat dibendung.

Pelajar ini sememangnya mempunyai bakat yang hebat kerana walaupun dalam masa dua minggu latihan, beliau telah mencipta ‘buku teks digital’ bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris, Bahasa Malaysia, Matematik dan Sains.

Bukan itu sahaja, beliau kini dalam proses untuk mencipta subjek-subjek lain dalam versi aplikasi.

Ciptaan ini telah menobatkan Ahmad Zulfadzli sebagai juara bagi kategori junior di Hack Weekend KCH di Pusat Konvensyen Borneo 14 Oktober lalu.

Kini, beliau sedang mencipta sebuah aplikasi khas untuk usahawan kecil di Sarawak bagi memasarkan produk dengan lebih luas.

Tahniah Zulfadzli! Anak Malaysia seperti inilah yang kita mahu.

Era Baru

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...