Arkeologi, SAINS & TEKNOLOGI

Pedang berusia 2,300 tahun dijumpai di China dan ianya cukup tajam sehingga boleh membunuh!

Pedang berusia 2,300 tahun dijumpai di China dan ianya cukup tajam sehingga boleh membunuh!

Pakar arkeologi telah menemui sebilah pedang antik di tapak galian daerah Henan iaitu bahagian tengah China.

Pedang itu ditemui di dalam sebuah makam purba yang terletak di kota Chengyang yang telah binasa.

Pakar arkeologi menggali makam purba yang tidak diketahui pemiliknya. Selepas keranda dikeluarkan dan dipindahkan ke makmal, mereka membuka penutupnya dan menjumpai sebilah pedang yang masih elok tersarung.

Artifak yang dibaluti lumpur itu kemudiannya dibersihkan dengan cermat sebelum pakar dari Henan Provincial Institute of Cultural Relics and Archaeology dengan berhati-hati menghunusnya di hadapan kamera.

Sebaik pedang dikeluarkan buat pertama kali setelah 2,300 tahun terperap di dalam sarung, bilahnya bersinar-sinar dan berkilauan di bawah cahaya lampu makmal tersebut.

Bukan itu sahaja, semua orang yang menyaksikan detik bersejarah itu lebih terpegun kerana pedang itu juga kekal tajam!

Pakar arkeologi juga mendedahkan makam tersebut tertutup serapat-rapatnya semasa ia dijumpai dan ini membantu mengekalkan keadaan asal pedang itu.

Institut tersebut kemudiannya mengesahkan yang bilah pedang tersebut berada pada keadaan hampir sempurna walaupun telah terkambus melebihi 2 milenia.

Menurut ketua pasukan Wu Zhijiang, makam purba yang pernah dijumpai di kawasan sekitar selalunya ditutup kedap dan ini mengelakkan barang yang tersimpan di dalam makam berkarat.

Pedang tersebut dipercayai berasal dari Dinasti Chu sekitar 475-221SM. Menyingkap sejarah ketika itu, China terbahagi kepada 8 buah negeri dan sedang bergolak dengan peperangan dan perebutan kuasa.

Kerajaan kecil bergaduh sesama sendiri dan berlarutan selama 250 tahun lamanya sehinggalah Dinasti Qin berjaya menakluki semua negeri.

Era Baru

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...