Benua Amerika, INSPIRASI, VIDEO

Kanak-kanak ini menderma RM12.70 kepada Trump dengan niat ikhlas untuk membantu. Balasan yang diterimanya sangat tidak terkata!

Kanak-kanak ini menderma RM12.70 kepada Trump dengan niat ikhlas untuk membantu. Balasan yang diterimanya sangat tidak terkata!

Eli’sha Davies dari Crossville, Tennessee telah menghantar sepucuk surat berisi tiga keping wang kertas bernilai $1 kepada presiden Amerika Syarikat, Donald Trump setelah mendengar perbualan ibu bapanya mengenai presiden tersebut.

Dikatakan ibu bapa Eli’sha telah berbual mengenai manifesto dan janji-janji yang ditaburkan oleh Trump semasa kempen pilihanraya sedang berjalan.

Trump telah berjanji kepada seluruh Amerika bahawa dia hanya akan menerima bayaran gaji sebanyak US$1 yang bernilai RM4.23 sepanjang menjawat jawatan sebagai Presiden Amerika Syarikat!

Justeru, Eli’sha yang bimbang dengan keadaan kewangan Trump bertindak ingin menghulurkan bantuan dengan menderma sebanyak US$3 atau RM12.70.

“Saya risau bagaimana beliau akan membayar untuk makanan, minuman, bil air dan sebagainya,” kata Eli’sha kepada WBIR.

Walaupun nilai berkenaan dianggap kecil bagi kebanyakan individu, tetapi ianya besar bagi seorang anak kecil yang telah menyimpan wang tersebut untuk membeli alat muzik mandolin.

Ibunya, Melissa ternyata tidak langsung terkejut dengan keputusan Eli’sha kerana anaknya sememangnya seorang yang pemurah.

Menurut Melissa, “Saya tidak mahu terlalu menggalakkan sifat pemurahnya itu terutamanya apabila wang tersebut sudah lama disimpan untuk membeli mandolin. Tetapi saya rasa ianya satu tindakan yang baik”.

Surat berisi RM12.70 itu telah diposkan kepada presiden dan setelah itu, keluarga berkenaan mula lupa mengenainya. Sembilan bulan kemudian, Eli’sha menerima satu kejutan besar daripada Trump.

Keluarga Eli’sha menerima sebuah sampul yang mengandungi gambar Trump bersama Timbalan Presiden, Mike Pence dan juga wang derma Eli’sha.

Dalam surat berkenaan, Trump telah menasihati Eli’sha supaya memikirkan kaedah untuk mengubah komunitinya dengan menggunakan wang berkenaan.

“Trump memulangkan semula wang yang saya berikan. Saya rasa dia mungkin tidak memerlukannya. Jadi, saya akan menyimpan wang ini”.

Tambah Melissa, “Eli’sha sememangnya mempunyai hati yang murni. Dia mempunyai nilai empati yang tinggi dan sentiasa peka dengan keadaan orang lain. Saya harap nilai murni ini tidak akan berubah”.

Setelah kisah Eli’sha disiarkan di kaca televisyen, John Wilderman yang juga presiden bagi Persatuan Pendidikan Pemuzik Muda dari Punta Gorda, Florida telah menghadiahkan sebuah mandolin kepada Eli’sha.

Bukan sahaja itu, persatuan tersebut turut menyumbangkan pelbagai lagi kelengkapan alat muzik mandolin seperti tali, pemetik dan papan nota muzik untuk membolehkan Eli’sha berlatih.

Mulia sungguh hati Eli’sha. Walaupun masih kecil, dia sudah mengerti akan kepayahan insan lain dan bermurah hati untuk menghulurkan bantuan.

Lihat video inspirasi di bawah dan klik ‘Like’ jika anda sukakannya.

Era Baru

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...